awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pelajar di semua institusi pengajian tinggi terima RM200 - Muhyiddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/03/2020
08:06 MYT
COVID-19: Pelajar di semua institusi pengajian tinggi terima RM200 - Muhyiddin
Bantuan melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi. - Gambar hiasan
Pelajar di institusi pengajian tinggi akan menerima bayaran RM200 secara one-off (sekali bayar) pada Mei ini, sebagai usaha meringankan beban yang dihadapi akibat penularan pandemik COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sewaktu membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion hari ini, Perdana Menteri berkata, bayaran itu terbuka kepada semua pelajar di negara ini.
“Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman untuk peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020.
BACA: COVID-19: 4 juta isi rumah pendapatan RM4,000 ke bawah terima bayaran RM1,600 - PM
“Dengan anggaran kutipan sebanyak RM149.2 juta, inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 orang peminjam,” katanya lagi.
Pada pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM20 sebelum ini, kerajaan telah menangguhkan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam selama enam bulan melibatkan kutipan sebanyak RM750 juta.
Topic Berkaitan
#COVID19
#ekonomi
#IPT
#ipts
#Muhyiddin Yassin
#pakej rangsangan ekonomi
#pelajar
#Perdana Menteri
#PRIHATIN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan