awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rakyat jangan bimbang dengan penglibatan ATM - Penganalisis

Hakim Rahman
Hakim Rahman
22/03/2020
05:40 MYT
COVID-19: Rakyat jangan bimbang dengan penglibatan ATM - Penganalisis
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga mempunyai kepakaran menyeluruh dalam membendung COVID19. - Foto Astro AWANI.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pasukan yang juga mempunyai kepakaran menyeluruh dalam membendung penularan COVID-19.
Justeru, penglibatan ATM dalam mengekang penularan COVID-19 termasuk bantuan sekatan dengan Polis Diraja Malaysia langkah tepat.
Bagi Penganalisis Keselamatan dan Pertahanan, Datuk Dr Ruhanie Ahmad, rakyat tidak perlu bimbang dengan penglibatan ATM kerana pasukan itu sering membantu ketika negara berdepan bencana.
“Pasukan ATM mempunyai keupayaan logistik dan kemudahan untuk sampai ke kawasan terpencil malah pasukan itu juga mempunyai keupayaan mengesan berita palsu.
“ATM juga mempunyai kemampuan mewujudkan hospital lapangan sekiranya diperlukan seperti yang dilakukan di Cox Baazar, Bangladesh sebelum ini,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Panglima Angkatan Tentera nafi nota suara kononnya anggota ATM diberi kuasa pukul orang awam
BACA: COVID-19: Tentera bukan ambil alih, tetapi membantu polis - KPN
Tambahnya, keadaan pada masa kini masih terkawal dengan rakyat hanya perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan namun jika diperlukan ATM sentiasa bersedia menangani cabaran yang lebih ekstrem.
Bermula Ahad, ATM ditugaskan untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha membasmi penularan wabak COVID19.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Astro Awani
#ATM
#COVID19
#perintah kawalan pergerakan
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan