Keprihatinan orang ramai mengenai wabak COVID-19 di kalangan rakyat Malaysia jelas dilihat apabila majoriti daripada mereka lebih memilih untuk berada di rumah berbanding di luar.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh Astro AWANI menerusi satu tinjauan pendapat ataupun ‘poll’ di laman Twitter pada Ahad, sebanyak 79.5 peratus orang memilih untuk kekal berada di rumah.

Bagaimanapun, ada segelintir daripada mereka yang membuat perancangan untuk pulang ke kampung iaitu sebanyak 10.3 peratus.

Ini menunjukkan bahawa perancangan untuk menghabiskan cuti sekolah dengan bercuti ke dalam dan luar negara bukan menjadi pilihan utama bagi orang ramai.


Keprihatinan orang ramai mengenai wabak COVID-19 di kalangan rakyat Malaysia jelas dilihat apabila majoriti daripada mereka lebih memilih untuk berada di rumah berbanding di luar.

Bukan itu sahaja, mereka juga lebih sanggup untuk membatalkan atau menangguhkan rancangan percutian bagi mengelak daripada dijangkiti COVID-19.

Ini menunjukkan keputusan jelas iaitu sebanyak 93.3 peratus rakyat Malaysia memberitahu bahawa mereka membatalkan percutian mereka bagi mengelakkan keadaan bertukar menjadi parah.

Manakala hanya minoriti, iaitu sebanyak 6.7 peratus menjelaskan bahawa mereka masih lagi yakin dengan keselamatan dan pendedahan mereka terhadap persekitaran kini.

BACA: COVID-19: Sabah pertimbang lanjutkan tempoh cuti sekolah

BACA: COVID-19: Majikan dinasihat utamakan kebajikan pekerja


Keprihatinan orang ramai mengenai wabak COVID-19 di kalangan rakyat Malaysia jelas dilihat apabila majoriti daripada mereka lebih memilih untuk berada di rumah berbanding di luar.


Pandemik COVID-19 yang kini merekodkan lebih 157,000 kes di hampir 150 negara seluruh dunia sudah mengorbankan lebih 5,800 orang.

Jumlah kematian yang besar itu sudah pastinya menjadi indikator besar bahawa ramai yang terkesan dengan cetusan virus berkenaan.

Di Malaysia, sebanyak 70.2 peratus mengakui bahawa kehidupan harian mereka begitu terjejas disebabkan COVID-19 manakala 29.8 peratus lagi menunjukkan yang mereka masih lagi menjalani hidup seperti biasa.

Untuk itu, mereka lebih memilih berada di rumah kerana ia sebagai langkah penjarakan sosial dan atas sebab faktor ekonomi yang dilihat semakin terkesan sejak kebelakangan ini.

Susulan itu, dapatan kajian yang dibuat oleh Astro AWANI juga menunjukkan bahawa kedua-dua faktor itu menjadi perkara penting bagi mereka yang mana sebanyak 46 peratus memberitahu bahawa tujuan mereka duduk di rumah adalah sebagai langkah waspada dan bagi menguruskan kewangan dengan baik.

Pengajaran yang diperolehi di sebalik penularan COVID-19

Namun, setiap apa yang berlaku pastinya memberi pengajaran kepada orang ramai supaya bersikap muhasabah diri dan sebagainnya.

Menurut 'poll' yang dilakukan itu juga, kebanyakan mereka mempelajari sesuatu daripada terjadinya wabak COVID-19 ini iaitu kewajipan dalam menjaga kebersihan.

Sebanyak 70.9 peratus memilih bahawa nilai yang boleh diperolehi ialah wajib jaga kebersihan manakala 29.1 peratus yang lain mengakui bahawa wabak ini mengajar mereka supaya bersikap prihatin terhadap kesihatan diri.

Objektif tinjauan pendapat yang dilakukan ini adalah bagi melihat perkembangan kehidupan rakyat Malaysia sama ada ia memberi sebarang perubahan selepas tercetusnya pandemik COVID-19.

Di Malaysia sahaja, sebanyak 428 kes COVID-19 telah direkodkan apabila pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 190 lagi kes baharu pada Ahad.

BACA: COVID-19: 190 kes baharu dicatat, jumlah meningkat kepada 428

B
ACA:
COVID-19: 323 rakyat Malaysia di Itali selamat - Duta Malaysia