awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sarawak tutup sekolah, kuarantin pelawat, penduduk

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
16/03/2020
09:19 MYT
COVID-19: Sarawak tutup sekolah, kuarantin pelawat, penduduk
Abang Johari berkata, semua penduduk tetap dan pelawat yang masuk ke Sarawak akan dikenakan notis kuarantin atau Notis Tinggal di Rumah selama 14 hari bermula 18 Mac ini. - Gambar BERNAMA.
Semua sekolah, tabika, taska dan pusat tahfiz di seluruh Sarawak diarah tutup sehingga 29 Mac depan dalam usaha kerajaan negeri mengekang penularan wabak COVID-19.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, berkata selain itu, institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta juga diarah menangguhkan sesi pengajian selama dua minggu selepas negeri itu mencatatkan 34 kes positif COVID-19.
"Tabika, taska, dan pusat tahfiz diarahkan ditutup, manakala IPT juga diarahkan menanggguhkan sesi pengajian selama dua minggu bermula esok.
"Semua sekolah juga dinasihatkan memanjangkan cuti sekolah selama seminggu sehingga 29 Mac," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, sementara itu, semua penduduk tetap dan pelawat yang masuk ke Sarawak turut dikenakan notis kuarantin atau Notis Tinggal di Rumah selama 14 hari bermula Rabu.
“Notis itu turut melibatkan penduduk Sarawak sendiri termasuk pemegang pas jangka panjang dan jangka pendek yang akan berkuat kuasa bermula 18 Mac.
“Agensi berkaitan akan memantau pemegang notis tersebut menerusi lawatan secara rawak, panggilan telefon dan penggunaan aplikasi alat teknologi moden,” katanya.
Dalam pada itu, Abang Johari berkata, pengecualian hanya akan diberikan kepada Jabatan Kesihatan Sarawak yang perlu bergerak menjalankan tugas-tugas khas dan rasmi.
Katanya, semua fasiliti sukan awam termasuk kolam renang, stadium dan gimnasium juga diarah tutup mulai esok.
Beliau berkata, semua majlis rasmi pentadbiran Sarawak dan majlis orang ramai yang melibatkan lebih 50 orang perlu dibatalkan atau ditangguhkan kepada tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.
Dalam kenyataan sama, Abang Johari turut menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan mengamalkan penjarakkan sosial.
.
.
.
.
BACA: 11 kes terbaharu COVID-19 direkodkan di Sarawak
BACA: Sarawak catat enam kes baharu positif COVID-19
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID19
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Ketua Menteri Sarawak
#pandemik
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan