Kerajaan perlu mempertimbangkan agar semua pemilik akaun laman sosial Facebook berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi memudahkan pengenalpastian identiti pemilik akaun.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Mohamad Md Yusoff berkata langkah itu adalah wajar berbanding menutup Facebook supaya pemilik akaun tidak sewenang-wenangnya menyalahgunakan laman sosial.
"Sekarang ini, bila berlaku kes seperti menghina (Yang di-Pertuan) Agong, mempersenda agama, fitnah dan sebagainya di Facebook, kita susah nak jejaki siapa yang melakukannya, lepas itu ada pula alasan kena godam, akaun palsu dan server daripada luar," katanya kepada Bernama.
Baru-baru ini tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook oleh pemilik akaun 'Chandra Lawan Tetap Lawan' mendapat kecaman orang ramai dan sehingga kini MCMC sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu.
Pensyarah Kanan Program Komunikasi Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Saat Awang Damit pula berkata sekiranya cadangan itu dilaksanakan, MCMC perlu meneliti setiap permohonan pendaftaran akaun laman sosial itu bagi memudahkan pengesanan identiti.
"Misalnya, MCMC terima permohonan hari ini, dia tak boleh lulus terus, ambil masa beberapa hari sehingga ke seminggu untuk pastikan semua butir permohonan seperti nama, alamat, ID pengguna adalah betul," kata Saat.
Katanya ia bertujuan mewujudkan suasana bertanggunjawab di kalangan pengguna Facebook di samping menggunakan laman sosial itu untuk memberikan idea-idea bernas.
Saat juga berkata keintelektualan seseorang individu yang berkongsi komen atau pandangan melalui media sosial perlu kena pada tempat dan asasnya supaya tidak berlaku salah faham dan maklumat tidak tepat disebarkan.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Komunikasi FKSW UMS Dr Haryati Abdul Karim berkongsi pandangan sama agar pemilik akaun laman sosial itu berdaftar dengan MCMC.
Beliau berkata adalah tidak wajar menutup Facebook hanya disebabkan oleh segelintir pihak yang menyalahgunakan fungsi laman sosial itu.
Dalam pada itu, Haryati mencadangkan agar satu undang-undang seperti Anti- Ungkapan Kebencian diwujudkan yang menghalang seseorang itu daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya dan boleh menimbulkan kebencian serta menghina bangsa, etnik, agama dan kewarganegaraan.
Undang-undang itu banyak diguna pakai di Eropah seperti Denmark, Perancis, Belanda dan United Kingdom bagi mengekang golongan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan laman sosial dengan mengeluarkan kenyataan kesat dan fitnah untuk menimbulkan rasa benci masyarakat.
Jumaat lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu.
Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu. -- Bernama
Bernama
Sun Aug 10 2014
PAKAR: Pendaftaran bagi memudahkan pengenalpastian identiti pemilik akaun
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Daftar akaun Facebook dengan MCMC - Pakar
Kerajaan perlu mempertimbangkan agar semua pemilik akaun laman sosial Facebook berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), cadang pakar.
Kerajaan sedia kaji kewajaran tutup Facebook - Ahmad Shabery
Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu.