awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP bukan parti keganasan: Anthony Loke

Sinar Harian
Sinar Harian
13/10/2019
05:23 MYT
DAP bukan parti keganasan: Anthony Loke
Loke Siew Fook (duduk, empat dari kiri) dan Lim Kit Siang (duduk, dua dari kanan) bertanya khabar isteri Gunasekaran, J Arul Merry (duduk, tiga dari kanan). - Gambar SINAR HARIAN
Menuduh DAP sebagai parti keganasan susulan penahanan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu adalah berniat jahat.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, sejak lebih 50 tahun parti itu ditubuhkan tiada mana-mana ahlinya yang pernah terlibat dengan keganasan.
"DAP parti yang sentiasa cintakan keamanan dan perjuangan kita selama ini berlandaskan secara aman dan hormati sistem demokrasi berparlimen.
"Parti kita juga tiada rekod keganasan dan kita tidak akan sesekali pilih keganasan untuk mencapai cita-cita," katanya pada sidang akhbar selepas melawat keluarga ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran di Kampung Baru Rahang di sini hari ini.
Gunasekaran ditahan Khamis lalu untuk siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Ditanya berkenaan penahanan dua lagi ahli parti itu di Melaka, beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut namun akan melihat sama ada ia ada kaitan dengan agenda politik atau tidak.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, jika berlaku sebarang salah laku melibatkan ahli parti itu, ia adalah tindakan berasingan dan tiada kaitan dengan DAP.
"Tapi saya yakin yang YB Gunasekaran adalah pemimpin yang baik dan dikasihi rakyat. Sebagai menteri, saya tidak mahu campur siasatan polis dan menghormati proses.
"Dari segi gerak kerja di kawasan DUN (Dewan Undangan Negeri) Seremban Jaya, tiada masalah kerana YB Gunasekaran mempunyai pasukannya dan buat sementara waktu akan dipantau Ahli Parlimen Rasah," katanya.
Sementara itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa kerajaan memansuhkan memansuhkan SOSMA seperti mana yang dijanjikan PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Jelas beliau, akta berkenaan sebelum ini pernah disalah guna terhadap pihak atau individu yang membongkar kegiatan korapsi.
"Tahun lalu berlaku peralihan kuasa dan kita berjanji mahu wujudkan sebuah kerajaan yang seimbang dan telus. Sebab itu kita mahu polis juga ada perubahan sikap supaya selaras dengan manifesto kita.
"Saya yakin Gunasekaran tidak bersalah dan kita akan berusaha membantunya," katanya. BACA: Dua Adun DAP antara 7 suspek sokong, cari dana untuk LTTE - Ayob Khan
Topic Berkaitan
#ADUN
#DAP
#keganasan
#keluarga
#kerajaan
#Lim Kit Siang
#Manifesto
#menteri
#Parlimen
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#polis
#politik
#PRU14
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan