Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyita rumah penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) jika terdapat bukti mereka membuang sampah atau sebarang objek daripada tingkat atas ekoran kejadian seorang remaja lelaki maut selepas sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas Blok 102 PPR Seri Pantai, Pantai Dalam, semalam.
Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor berkata hal seumpama itu bukan pertama kali berlaku di PPR kerana sebelum ini, DBKL mengeluarkan notis kepada seluruh penduduk PPR sekitar Kuala Lumpur berhubung perkara berkenaan.
"Kami tahu perkara ini tidak boleh dibiarkan di mana sesetengah penghuni PPR dikatakan bertindak sedemikian dan DBKL keluarkan notis kepada semua unit PPR supaya mengambil perhatian mengenai kes-kes pembuangan sampah atau sebarang objek.
"Selepas ini, DBKL akan buat semula ulangan notis keras dan jika berlaku kes sedemikian lagi, DBKL akan kesan pemilik PPR dan kami akan mengambil tindakan tegas malah sehingga ke peringkat menyita rumah penghuni PPR," katanya ketika menziarah keluarga mangsa di PPR Seri Pantai.
Wan Mohammad berkata DBKL juga akan memasang jaring keselamatan di setiap blok PPR bagi mengurangkan risiko kemalangan akibat sikap penghuni yang suka membaling barang dari tingkat atas.
BACA: Tragedi baling kerusi: "Sebaik berpusing, otak dia jatuh dalam tangan saya" - Ibu mangsa
BACA: Buang barang sampai orang mati, kita jangan buta mata dan hati!
Beliau berkata tindakan itu akan diambil secepat mungkin dengan memberi tumpuan kepada PPR yang dikenal pasti sebagai kawasan 'hotspot' terlebih dahulu sebelum memperluaskannya di PPR lain.
"Ketika ini, terdapat 72 PPR dan perumahan awam di ibu negara dengan 13 daripadanya dikenal pasti polis sebagai 'hotspot'. Oleh itu, dengan pemasangan jaring sama ada di bawah atau atas blok untuk melindungi orang awam daripada terkena balingan sampah atau objek dari atas," katanya.
Semalam, seorang remaja lelaki maut selepas sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas pangsapuri di Blok 102 PPR Seri Pantai, Pantai Dalam.
Terdahulu turut hadir menziarah keluarga mangsa adalah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2018
Beberapa penduduk PPR Seri Pantai, Pantai Dalam melihat kawasan kejadian semalam yang meragut nyawa seorang pelajar selepas ditimpa sebuah kerusi yang dicampak dari tingkat atas pangsapuri itu, hari ini. --fotoBERNAMA
Jualan Rahmah bantu rakyat sambut Ramadan, Aidilfitri
PJR Ramadan dilaksanakan di 450 lokasi seluruh negara, yang dibuka secara berperingkat dan masih mengekalkan jualan barangan keperluan asas.
OpenAI hadir dengan Voice Engine, penjana suara sintetik daripada sampel 15 saat
Pengguna boleh menggunakan input berasaskan teks untuk menjana audio daripada suara berkenaan.
Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa: MAIWP peruntuk lebih RM1.6 juta bantu penuntut IPT
Sumbangan ini merangkumi bantuan tiket bas, bantuan tiket kapal terbang dan wang saku bernilai RM100 seorang.
Terkilan tak dapat ziarah jenazah isteri kerana tiada duit tambang
Wakyani yang sudah mencecah usia 80 tahun meninggalkan kampungnya bagi mencari rezeki di perantauan.
Masalah kesihatan mental adalah normal dalam kalangan pemain - Postecoglou
Masalah kesihatan mental adalah perkara biasa dalam kalangan pemain bola sepak tetapi semuanya tersembunyi di sebalik tirai.
Allaudeen fokus jadi peguam selepas bersara
Beliau berhasrat untuk menyertai firma guaman setelah melengkapkan proses untuk menjadi seorang peguam.
AWANI Ringkas: Kawasan seluas 30 hektar terbakar pada Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bubur lambuk ayam belanda menu istimewa Kampung Parit Sikom
Penduduk Kampung Parit Sikom Pontian menggunakan ayam belanda sebagai bahan utama dalam pembuatan bubur lambuk.
[TERKINI] Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Pasangan suami isteri telah diberkas disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang Kuala Lumpur.
[TERKINI] Lima penjenayah ditembak mati di Putra Heights malam tadi - Ketua Polis Selangor
Polis menembak mati lima penjenayah yang disyaki aktif terlibat dalam kes samun bersenjata di Putra Heights, pada jumaat malam.
'Cik Aida' dicari Ketua Pemuda UMNO akhirnya dijumpai
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh berjaya mengesan individu yang dipercayai membuang sampah di tepi jalan Merlimau-Muar.
Angkara sampah dari 'langit'
Masalah pembuangan sampah dari tingkat atas di bangunan perumahan merupakan antara kebimbangan majoriti penduduk di Rumah Pangsa Blok 2 Desa Mentari.
Buka puasa: Individu kotori tebing Sungai Kelantan boleh didenda RM1,000
Minggu pertama bulan Ramadan dicemari pemandangan jelik sisa sampah dan bekas makanan orang ramai yang berbuka puasa di tepi Sungai Kelantan di Lembah Sireh di sini.
Indonesia berjaya kurangkan pembuangan sisa dalam laut
Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan negara berjaya mengurangkan 28.5 peratus pembuangan sisa plastik ke dalam laut di negara itu dari 2018 hingga 2021.
Menteri kecam tindakan lelaki buang sampah dalam sungai
Beliau memaklumkan sudah meminta Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar segera menyiasat kejadian berkenaan.
Masih berdegil, 15 dikompaun RM1,000 buang sampah haram - Datuk Bandar
Datuk Bandar berkata pihaknya tegas dalam melaksanakan kompaun itu, dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
''Parok' orang kita, tiada kesedaran sivik!' - Lelaki ini kutip sampah ditinggal pengguna lebuh raya
Rata-rata netizen memberikan maklum balas negatif terhadap kurangnya rasa sayang dalam diri orang ramai terhadap alam sekitar.
Individu tegur orang ramai buang sampah merata-rata diberi penghargaan
Individu tegur orang ramai buang sampah merata-rata diberi penghargaan
Gara-gara geram sampah dibuang sembarangan, tukang sapu di Paris jadi selebriti TikTok
Semuanya bermula apabila Ludovic Franceschet kecewa dengan sikap orang yang membuang sampah merata-rata.
Buang sampah dari kenderaan: Pelaku berdepan denda RM2,000 atau 6 bulan penjara
Pengguna jalan raya yang didapati membuang sampah dari kenderaan boleh didenda hingga RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan, kata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan.