Ejek-mengejek yang sudah pasti menjadi lumrah dalam hidup mereka yang bergelar kanak-kanak dan remaja, boleh membuatkan orang hilang nyawa.

Kebakaran yang mengorbankan 23 orang di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menyerlahkan realiti sebuah tragedi di sebalik tragedi - suspeknya adalah kanak-kanak. Usia mereka antara 11 - 18 tahun.

Ketujuh-tujuh suspek itu kini sedang direman hingga 22 September ini.

Dalam menantikan apakah nasib yang bakal menimpa mereka, Agenda AWANI cuba merungkai pelbagai persoalan yang bermain di segenap minda masyarakat yang mengikuti perkembangan kisah tragis ini.

BACA: Tujuh remaja ditahan bantu siasatan kes kebakaran pusat tahfiz

BACA: Akibat ejek-mengejek, pusat tahfiz dibakar

Ketua Pegawai Eksekutif YouthsToday, Jazz Tan berkongsi kisah yang jauh lebih buruk daripada diejek. Bapanya dibunuh 'gengster' ketika dia berusia 14 tahun.


Penasihat Mahkamah, Bahari Baharom pula berhujah, "jaga tepi kain orang" boleh menjadi sesuatu yang positif jika kena pada tempatnya.


Turut senada Penasihat Mahkamah, Yunus Mohamed Ali yang antara lain menggesa agar pihak sekolah bersikap lebih proaktif dalam mengenal pasti punca masalah disiplin seseorang pelajar.


Pada masa sama, Yunus turut menyeru guru-guru memilih jalan dialog bersama pelajar bagi memahami masalah disiplin pelajar sekali gus membendung jenayah juvana.


Hanya remaja memahami remaja. Pendapat itu diutarakan oleh Jazz Tan yang mencadangkan sokongan rakan sebaya menjadi pendorong kepada pemerkasaan dan pembentukan sahsiah remaja.


Pakar Kriminologi, Dr Mohammed Rahim Kamaludin pula mahu masyarakat lebih terbuka dalam menerima bekas banduan di dalam kehidupan seharian.

Ia bagi mengelak bekas penjenayah mengulangi kesilapan lampau.