Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata satu jawatankuasa baharu perlu dibentuk bagi menyelaras Sekolah-sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz dan pondok agama kerana kerajaan pusat tidak berhasrat mencampuri hal ehwal sekolah berkenaan yang berada di bawah bidang kuasa agama negeri-negeri.
Beliau berkata walaupun satu dasar mengenai sekolah agama dan pondok boleh diwujudkan tetapi kuasa untuk mengambil tindakan masih tertakluk kepada negeri masing-masing.
"Satu piawaian keselamatan perlu ada, sama ada pusat-pusat pengajian tersebut berdaftar atau tidak, agar kejadian yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tidak berulang," katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Arau di Dewan 2020 di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa kementerian itu sedia bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri berhubung hal ehwal sekolah tahfiz.
Ahmad Zahid berkata beliau telah berbincang dengan pengerusi pusat tahfiz berkenaan dan meminta mereka supaya mengetepikan perbezaan demi kepentingan pelajar dan nyawa mereka.
Beliau berkata satu mesyuarat Jawatankuasa Bertindak bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengenai cadangan hasil siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Pondok Pak Ya akan diadakan Selasa ini.
"Kita harus belajar walau apapun keadaan, bermula daripada kebakaran di Pondok Pak Ya. RCI ini harus siasat dengan terperinci serta membuat syor dan piawaian mestilah dipatuhi kerana pencegahan lebih baik daripada mengubati," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengucapkan syabas kepada polis kerana menahan tujuh remaja lelaki berusia di antara 11 dan 18 tahun yang disyaki membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqiyah dan menyelesaikan kes itu tidak sampai 48 jam.
BACA: Akibat ejek-mengejek, pusat tahfiz dibakar
Bagaimanapun, beliau sedih kerana jenayah tersebut melibatkan remaja dan kejadian itu boleh dielak jika pengendali pusat tahfiz itu memahami permasalahan mereka.
"Mereka yang terlibat ini mungkin dipengaruhi dadah dan mahu balas dendam namun, perbuatan itu menyebabkan kehilangan nyawa."
Menurutnya kira-kira 52 peratus banduan yang berada dalam penjara di negara ini terlibat dengan jenayah berkaitan dadah.
"Berikutan itu, kerajaan memisahkan penguatkasaan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan pemulihan di bawah Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) supaya lebih fokus.
"(Namun,) penguatkuasaan sahaja tidak cukup... institusi keluarga dan rakyat patut lebih sedar kerana permasalahan ini turut dialami negara lain," katanya.
Mengenai penyebaran maklumat berhubung tangkapan tujuh remaja itu, Ahmad Zahid berkata ia bukan daripada sumber polis tetapi daripada agensi lain yang menular video mengenainya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2017
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melaungkan 'Hidup UMNO' sebaik selesai menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau di Dewan 2020 hari ini, 17 Sept, 2017. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.