awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dilanggar pemandu wanita Vietnam, kaki kiri pemandu lori terpaksa dipotong

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
16/11/2019
08:12 MYT
Dilanggar pemandu wanita Vietnam, kaki kiri pemandu lori terpaksa dipotong
Mukhtar Bahari dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas kaki kirinya dipotong. - Gambar ihsan PDRM
Hanya kerana kecuaian individu lain, seorang pemandu lori yang parah dirempuh kereta dalam kemalangan di Jalan Anson, Georgetown, pada Jumaat, terpaksa menanggung derita seumur hidup apabila kakinya terpaksa dipotong.
Kaki kiri Mukhtar Bahari, 62, terpaksa dipotong dari bahagian paha berikutan tulangnya hancur.
Mangsa yang baru sahaja menjalani pembedahan dilaporkan stabil dan kini ditempatkan di wad biasa selepas dirawat di zon merah Hospital Pulau Pinang (HPP).
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T. Narenasagaran berkata, pihaknya akan menahan pemandu wanita itu selepas dia dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta kerana menerima rawatan di situ akibat kemalangan berkenaan.
Beliau berkata, anggotanya akan mengambil keterangan daripada wanita tersebut termasuk mendapatkan pengesahan dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung status lesennya.
Dalam pada itu, beliau berkata, siasatan mendapati pemandu wanita itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan sudah tinggal di negeri ini sejak enam tahun lepas.
Narenasegaran berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Timur Laut antara SAC Che Zaimani Che Awang dan ACP Soffian Santong yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Timur Laut yang baharu di IPD Georgetown pada Sabtu.
Dalam kemalangan 6.40 pagi Jumaat, mangsa, Mukhtar Bahari parah di kaki kirinya selepas dirempuh kereta dipandu wanita Vietnam itu.
Ketika kejadian, mangsa yang juga pemandu lori sampah syarikat pembersihan sedang mencuci bahagian belakang kenderaannya yang di parkir di bahu jalan.
Suri rumah berusia 29 tahun itu dilaporkan melarikan diri selepas melanggar Mukhtar.
BACA: Pemandu Axia rempuh pekerja pembersihan berjaya dikesan, kini berada di wad
Topic Berkaitan
#kaki dipotong
#kemalangan
#pemandu lori
#pemandu wanita
#warganegara Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan