Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyarankan supaya diskusi nasional perlu diadakan bagi menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan belia di negara ini.
Beliau berkata perbincangan mengenai hal itu masih di tahap rendah di negara ini dengan ramai rakyat Malaysia terutama golongan beliau menganggap kesihatan mental hanya satu isu yang menyedihkan.
Mereka melihat isu kesihatan mental sebagai masalah yang bukan nyata tetapi secara realiti ia membunuh orang secara perlahan.
"Isu ini bukan hanya menjejaskan Malaysia tetapi di seluruh dunia dengan lebih ramai orang muda terjejas dengan masalah kesihatan mental yang serius," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Belia Negara 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini, hari ini.
Beliau mengulas kes seorang remaja berusia 16 tahun dipercayai membunuh diri selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Padawan, Sarawak, semalam.
Remaja wanita itu didakwa membuat undian di akaun Instagram dengan memaparkan status: "Sangat penting, bantu saya pilih." dengan menyediakan dua pilihan iaitu D (Death) atau L (Life), masing-masing bermaksud "Mati atau Hidup".
BACA: Remaja bunuh diri selepas dapat 69 peratus undian Instagram
BACA: Netizen undi 'mati' di IG boleh didakwa membunuh tanpa niat - Peguam
Hasil undian yang dijalankan, 69 peratus responden memilih D dan remaja berkenaan kemudian mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya.
Syed Saddiq berkata, buat permulaan, beliau akan mengadakan diskusi dengan pakar di universiti mengenai kesihatan mental.
"Jumaat ini, apabila melawat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, saya akan menghoskan dialog dan akan mempelawa beberapa pakar duduk bersama dan melihat kaedah untuk menangani isu ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2019
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Diskusi nasional perlu bagi tangani kesihatan mental belia - Syed Saddiq
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyarankan supaya diskusi nasional perlu diadakan bagi menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan belia di negara ini.