awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktrin Mahathir relevan untuk dasar pertahanan perairan Asia Tenggara - Chin Tong

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
16/07/2018
15:33 MYT
Doktrin Mahathir relevan untuk dasar pertahanan perairan Asia Tenggara - Chin Tong
Itu pandangan bakal senator Dewan Negara, Liew Chin Tong yang dijadual mengangkat sumpah pada Selasa.
Doktrin Mahathir yang menetapkan dasar untuk tidak membenarkan sebarang kapal perang ditempatkan di Selat Melaka mahupun Laut China Selatan disifatkan relevan untuk dasar pertahanan perairan Asia Tenggara.
Itu pandangan bakal senator Dewan Negara, Liew Chin Tong yang dijadual mengangkat sumpah pada Selasa.
Beliau yang enggan mengesahkan sama ada sudah ditawarkan jawatan Timbalan Menteri Pertahanan berpendapat doktrin Mahathir itu boleh membawa kepada penyelesaian baharu.
“Apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir ini penting, ia adalah idea lama yang dibangkitkan semula lebih-lebih lagi pada waktu ini yang mana krisis antara China dan Amerika Syarikat yang berlaku di Laut China Selatan.
“Doktrin ini penting agar negara-negara ASEAN dapat menyuarakan idea baharu kerana (ASEAN) perlu idea baharu untuk menangani ketegangan di kawasan itu,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Tiada kapal perang di Selat Melaka dan Laut China Selatan- PM
Dalam pada itu, sekiranya terpilih memegang portfolio Timbalan Menteri Pertahana, Chin Tong bakal mencatat sejarah sebagai pemimpin bukan Melayu pertama sebagai lantikan kanan kementerian tersebut.
BACA: Chin Tong bakal jadi Timbalan Menteri?
Bagaimanapun, bagi Chin Tong, apa yang penting adalah bukan pertimbangan kaum tetapi perkhidmatan kepada rakyat.
“Saya berharap rakyat boleh menilai saya sebagai ahli kerajaan dari segi perspektif kerakyatan dan bukan kerana saya berbangsa Cina, Melayu atau India kerana saya anak Malaysia,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Asia Tenggara
#China
#Dewan Negara
#Doktrin Mahathir
#Laut China Selatan
#Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan