awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir, Khairuddin, Anina saman Najib halang siasatan 1MDB, dana RM2.6b

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2016
04:40 MYT
Dr Mahathir, Khairuddin, Anina saman Najib halang siasatan 1MDB, dana RM2.6b
Bekas PM itu bersama-sama dengan Khairuddin dan Anina failkan satu tindakan mahkamah hari ini. - Gambar fail
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah menfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi salah laku (tort misfeasance) dalam jawatan awam dan kemungkiran kewajipan fidusiari dalam menjalankan tanggungjawabnya.
Selain Dr Mahathir, dua plaintif lain termasuk bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu hssan dan bekas Wanita UMNO Anina Saadudin.
Saman tersebut telah difailkan melalui firma guaman, Tetuan Haniff Khatri.
Ini merupakan kali pertama Dr Mahathir menfailkan saman terhadap Najib.
Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia. SEKALI LAGI saya memgambil keputusan nekad mengheret Najib Razak ke muka...
Posted by Anina Saadudin on Tuesday, March 22, 2016
Ketiga-tiga plaintif merupakan individu menandatangani 'Deklarasi Rakyat' yang menuntut perletakan jawatan Najib Razak sebagai Perdana Menteri pada awal Mac.
BACA: Tun M, pemimpin pembangkang tandatangani 'Deklarasi Rakyat' desak Najib letak jawatan
Menurut mereka, Najib sebagai PM, pengerusi Barisan Nasional, presiden UMNO di atas tindak tanduk sengaja menghalang, mencampuri, menindas dan menindas siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.
Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalahgunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.
Tahun lalu, Anina telah menfailkan saman terhadap Najib dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh menuntut pembayaran balik RM2.6 bilion, yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.
BACA: Mahkamah batalkan saman Anina terhadap pemecatannya dalam UMNO
Topic Berkaitan
#Anina Saadudin
#Dr Mahathir Mohamad fail tindakan guaman terhadap Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
#Khairuddin Abu Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan