Tutup

Dr Maszlee lawat mangsa pencemaran bahan kimia di HSI

Dr Maszlee lawat mangsa pencemaran bahan kimia di HSI
Terbaharu, seramai 260 mangsa termasuk pelajar dan orang awam mendapat rawatan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih akibat simptom pencemaran bahan kimia seperti loya, muntah dan sesak nafas. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengunjungi Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini bagi melawat mangsa yang dipercayai menerima kesan dari aktiviti pembuangan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim Khamis lepas.

Beliau tiba bersama Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor, Aminolhuda Hassan sekitar pukul 2.30 petang tadi.

Pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim itu menyebabkan sekurang-kurangnya 207 mangsa dirawat di hospital dan klinik berdekatan setakat malam tadi.


BACA: Pencemaran bahan kimia berulang amat dikesali - MB Johor
BACA: Jumlah mangsa pencemaran meningkat kepada 207

Jumlah itu termasuk pelajar dan murid dari dua buah sekolah terlibat iaitu SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih yang kini telah diarah ditutup semula sejak semalam.
Terbaharu, seramai 260 mangsa termasuk pelajar dan orang awam mendapat rawatan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih akibat simptom pencemaran bahan kimia seperti loya, muntah dan sesak nafas.



Tag: Maszlee Malik, sekolah, pencemaran bahan kimia, Exco Hal Ehwal Agama Islam, pelajar, Hospital, Sungai Kim Kim, SK Taman Pasir Putih, SMK Taman Pasir Putih, Johor Bahru



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.