Dua maut manakala dua lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh belakang lori yang membawa muatan kayu.

Nahas berlaku di kilometer 312, Lebuhraya Pantai Timur Dua ( LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Kijal, pada petang Sabtu.

Kejadian kira-kira 5.30 petang itu menyebabkan mangsa Rahemah Daud , 61, dan anaknya Noradawiah Salihudin, 26, maut di tempat kejadian.

Insiden itu juga menyebabkan pemandu kereta Samsul Fajeri Sudarman, 23, serta ibunya mengalami kecederaan.

Akibat rempuhan kuat tersebut, Rahemah yang duduk di bahagian hadapan penumpang dan Noradwah tersepit di dalam kereta yang remuk teruk itu. - Foto Astro AWANI

BACA: Wanita warga Thailand maut, kereta terbabas di LPT2

BACA: Guru wanita maut, kereta langgar pembahagi jalan di LPT2

BACA: Tiga maut termasuk bayi dalam kemalangan di LPT2

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki empat sekeluarga itu sedang bergerak dari arah Kuala Terengganu menuju ke Kuantan dan sejurus tiba di lokasi nahas, kereta tersebut dikatakan melanggar belakang lori terbabit yang bergerak perlahan.

Akibat rempuhan kuat tersebut, Rahemah yang duduk di bahagian hadapan penumpang dan Noradwah tersepit di dalam kereta yang remuk teruk itu.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian.

Katanya mayat mangsa yang beralamat di Kota Tinggi Johor kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Manakala mangsa cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.