Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes provokasi di Batu Caves

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes provokasi di Batu Caves
Sekumpulan lelaki melakukan provokasi terhadap anggota penguat kuasa ketika mereka cuba menahan peniaga warga asing tersebut. - Gambar fail/Astro AWANI
GOMBAK: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes sekumpulan lelaki melakukan provokasi ketika penguat kuasa imigresen melaksanakan tugas di Batu Caves pada Jumaat lalu.
 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki pertama yang berusia 47 tahun ditahan di Batu Caves pada jam 7 malam semalam dan seorang lagi berusia 56 tahun ditahan pada jam 12.30 malam tadi di lokasi sama.

"Kedua-dua lelaki ini direman tiga hari bagi membantu siasatan," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, polis telah menerima tiga laporan berhubung kejadian itu yang mana dua dibuat oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan satu lagi oleh peniaga di Batu Caves.

Dalam kejadian pada jam 10.30 malam, Jumaat lalu, seramai 80 anggota dan pegawai imigresen menjalankan operasi bersepadu di beberapa buah gerai di Batu Caves.

Penguat kuasa Imigresen memaklumkan ramai warga asing bekerja di kawasan itu tanpa pemilik yang sah.

Sekumpulan lelaki melakukan provokasi terhadap anggota penguat kuasa ketika mereka cuba menahan peniaga warga asing tersebut.

BACA: Tiada rusuhan berlaku di Batu Caves seperti yang ditularkan - Polis

BACA: Ada warga asing berniaga, operasi Imigresen pula dihalang - Muhyiddin

Dalam kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud sebelum ini, memaklumkan pihaknya memandang serius kes itu.

Dzaimee menegaskan pihaknya tidak gentar dengan sebarang tindakan provokasi oleh pihak-pihak yang melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.
 


Beliau berkata, tindakan berundur yang diambil ketika kejadian itu adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kes disiasat mengikut Seksyen186/506 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan ugutan jenayah.





Tag: Batu Caves, melakukan provokasi, dua lelaki ditahan, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, jenayah, warga asing, penjawat awam, Imigresen



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.