Dua rakyat Malaysia yang tercampak dari motosikal selepas melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti di Seletar Expressway (SLE) seminggu lalu masih menjalani rawatan di Hospital Khoo Teck Puat di sini.
"Kami hargai keprihatinan anda terhadap Danny Raj Muniappan dan Trivikram R L. Mereka kini mendapat rawatan di hospital itu kerana cedera," kata jurucakap Certis CISCO dalam jawapan e-mel kepada Bernama hari ini.
Penunggang, Danny, 24, dan pemboncengnya, Trivikram, 21, bekerja di Certis CISCO, sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan di sini.
Pada 24 Julai, mereka dilaporkan sedang menuju ke Johor Bahru selepas habis bekerja apabila kemalangan berlaku kira-kira jam 10.30 pagi.
Video kemalangan itu yang tular menunjukkan Trivikram tercampak ke udara sebelum jatuh beberapa meter dari kereta berkenaan.
Beberapa saat sebelum itu, Danny melanggar bahagian but kereta itu yang terbuka, yang berhenti di lorong paling kanan lebuh raya itu, dengan lampu kecemasan sedia terpasang.
Bapanya Muniappan Govindaraju dilaporkan berkata, anaknya mengalami pundi pecah, tulang pelvis retak dan patah kaki.
Lengan kiri dan kaki kirinya juga patah sementara Trivikram mengalami retak tulang pelvis dan patah kaki.
Certis CISCO enggan menyatakan sama ada kedua-dua pekerja mereka masih berada di unit jagaan rapi (ICU).
Jurucakapnya bagaimanapun berkata, "Percayalah, Certis CISCO memberikan bantuan kepada kakitangan kami dan keluarga mereka".
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2017
Danny melanggar bahagian but kereta yang terbuka, yang berhenti di lorong paling kanan lebuh raya, dengan lampu kecemasan sedia terpasang. - Gambar hiasan
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Dua warga Malaysia kemalangan di SLE masih dirawat
"Kami hargai keprihatinan anda terhadap Encik Danny Raj Muniappan dan Encik Trivikram R L. Mereka kini mendapat rawatan di hospital itu kerana cedera."