Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan bahawa Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang disambung semula bukanlah 'gula-gula' untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Timbalan Perdana Menteri berkata semakan semula projek berkenaan termasuk mengubah jajaran untuk memberi faedah kepada Negeri Sembilan itu telah dibuat sejak sekian lama.
"Semakan semula dibuat supaya ia lebih sesuai dan lebih beri kesan... ECRL menjurus kepada merangsang pembangunan ekonomi dan bukan 'gula-gula'.
"Bukan 'gula-gula (kerana) sebab PRK kita nak buat, tetapi untuk memulihkan ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas menyantuni warga emas, Miri Abdul Manan, 95, antara pengundi tertua pada PRK berkenaan.
BACA: Teruskan ECRL beri kesan positif hubungan dengan China - Dr Barjoyai
Projek ECRL berkenaan diumum disambung semula pada kos lebih rendah susulan permeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).
Kos pembinaan Fasa 1 dan 2 ECRL kini dikurangkan kepada RM44 bilion, pengurangan sebanyak RM21.5 bilion daripada kos asalnya RM65.5 bilion.
Wakil Khas Perdana Menteri Tun Daim Zainuddin yang mengetuai rundingan dilapor berkata bahawa pembinaan ECRL berkenaan akan menyaksikan jajaran baharu iaitu Kota Bharu-Mentakab-Jelebu-Kuala Kelawang-Bangi/Kajang-Putrajaya dan seterusnya Pelabuhan Klang.
BACA: Laluan ECRL dikurangkan 40km - Tun Daim
Projek ECRL itu dimulakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dan digantung tahun lepas oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) berikutan membabitkan kos yang tinggi.
Sementara, Dr Wan Azizah, yang juga Presiden PH, dalam ucapan ringkasnya pada program ramah mesra bersama penduduk Kampung Pasir Linsum, berkata adalah tidak mustahil untuk PH memenangi kerusi DUN Rantau pada PRK esok.
"Jangan lupa saya pun tak sangka saya jadi timbalan perdana menteri, jadi boleh kita menang (PRK) insya-Allah, jadi kita kena kerja kuatlah," katanya.
Justeru, beliau menyeru pengundi di Rantau agar menyokong dan memberi kepercayaan kepada calon PH, Dr S. Streram untuk menjadi wakil rakyat di kawasan itu.
PRK Rantau ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH Dr S Streram, calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu suri rumah R.Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 12 2019
Dr Wan Azizah melihat Dr Streram mengacau dodol pada program Santai Bersama Masyarakat Kuala Sawah Pasir sempena kempen PRK DUN Rantau di Seremban, 11 April, 2019. Turut kelihatan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
AWANI Ringkas: Azam Baki dilantik setahun lagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.