Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad, tempoh penyambungan reman dilakukan terhadap tiga lelaki dan seorang wanita untuk pihak polis melengkapkan siasatan.
Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Padang Serai, kemudiannya membawa kepada penangkapan kesemua suspek.
Sapii berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berkemungkinan Geng Ah Long ini mempunyai ragkaian lain.
Ini kerana kegiatan geng Ah Long ini dipercayai membabitkan dua negeri iaitu di Kulim, Kedah dan Pulau Pinang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
BACA: Polis Kedah lakukan siasatan menyeluruh kes tangkapan geng Ah Long