awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat termasuk tiga wanita maut kemalangan di LPT

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
03/06/2018
04:42 MYT
Empat termasuk tiga wanita maut kemalangan di LPT
Keadaan kereta Perodua Myvi yang terlibat kemalangan di Kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berdekatan susur keluar Maran pagi ini. - Foto ihsan JBPM Pahang.
Empat maut termasuk tiga wanita selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berdekatan susur keluar Maran pagi ini.
Bagaimanapun identiti kesemua mangsa sedang dikenal pasti dan usaha memaklumkan keluarga mangsa sedang dijalankan.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu menyebabkan empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sementara dua lagi mangsa cedera.
BACA: Maut selepas beli-belah hari raya di LPT
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Sani Harul pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.49 pagi sebelum sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.
Kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh penghadang lebuhraya.
Kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh penghadang lebuhraya.
"Pihak bomba terpaksa menggunakan mesin pemotong hydraulik bagi mengeluarkan empat mangsa yang tersepit. Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh bomba kira-kira jam 9.46 pagi.
"Selepas dikeluarkan kesemua mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Siasatan kemalangan diserahkan kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, kesemua mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Jengka bagi proses bedah siasat manakala yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.
Anggota penyelamat berusaha membawa keluar mangsa yang tersepit.
Anggota penyelamat berusaha membawa keluar mangsa yang tersepit.
Anggota penyelamat berusaha membawa keluar mangsa yang tersepit. - Foto JBPM Pahang.
Anggota penyelamat berusaha membawa keluar mangsa yang tersepit. - Foto JBPM Pahang.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Lebuhraya Pantai Timur
#LPT
#Maran
#maut
#meninggal dunia
#Mohd Sani Harul
#Perodua Myvi
#Timbalan Pengarah Bomba Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan