awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco Perak didakwa cabul pembantu rumah ditahan untuk bantu siasatan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/07/2019
00:43 MYT
Exco Perak didakwa cabul pembantu rumah ditahan untuk bantu siasatan
Mangsa kini berada dalam pengawasan polis bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Exco Kerajaan Negeri Perak yang dikaitkan dengan dakwaan mencabul pembantu rumah warga Indonesia, telah ditahan semalam.
Penahanan itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dalam aplikasi pesanan ringkas WhatsApp kepada media sebentar tadi.
“Untuk siasatan polis yang adil, kita telah menahan orang disyaki semalam untuk bantu siasatan kita. “Saya akan keluarkan kenyataan media hari ini,” katanya ringkas.
Pada Selasa, Astro AWANI melaporkan Razarudin mengesahkan pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dicabul oleh seorang Exco Perak yang juga majikannya kini dalam perlindungan polis.
BACA: Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah warga Indonesia, DAP serah kepada pihak berkuasa
"Wanita terbabit (mangsa) kini berada dalam pengawasan polis bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
"Setakat ini saya mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan termasuk proses mengumpul segala maklumat sebelum tindakan selanjutnya dilakukan,” katanya.
Pengadu yang berusia 20-an dikatakan telah membuat laporan polis Isnin lalu selepas suspek mencabulnya sehari sebelum itu di sebuah kediaman di Meru, Jelapang, Perak.
Topic Berkaitan
#cabul
#DAP
#Exco
#Indonesia
#pembantu rumah
#Perak
#Razarudin Husain
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan