Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah warga Indonesia, DAP serah kepada pihak berkuasa

Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah warga Indonesia, DAP serah kepada pihak berkuasa
DAP berpandangan tiada siapa yang mengatasi undang-undang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh.
IPOH: DAP Perak memandang serius dakwaan seorang anggota Exco kerajaan negeri dari parti itu yang didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu.

Menurutnya, oleh kerana laporan polis telah dibuat semalam, DAP berpandangan tiada siapa yang mengatasi undang-undang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh.
“Tindakan yang sepatutnya akan diambil, bergantung kepada hasil penyiasatan yang dijalankan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

BACA: Pembantu rumah Exco Perak kini dalam perlindungan polis - Ketua Polis Perak

BACA: Pembantu rumah dicabul Exco Perak: KBRI belum terima maklumat

Beliau mengulas laporan media mengenai seorang Exco Perak sedang disiasat pihak polis selepas disyaki merogol pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia.

Difahamkan mangsa tampil membuat laporan polis semalam selepas dipercayai dirogol di kediaman lelaki itu di Meru, Ipoh.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, ACP Choo Lily mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Tag: Nga Kor Ming, DAP, Indonesia, rogol, mangsa, siasatan, undang-undang, polis, Exco Perak, Ipoh, Choo Lily


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.