awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah warga Indonesia, DAP serah kepada pihak berkuasa

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/07/2019
08:34 MYT
Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah warga Indonesia, DAP serah kepada pihak berkuasa
DAP berpandangan tiada siapa yang mengatasi undang-undang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh.
DAP Perak memandang serius dakwaan seorang anggota Exco kerajaan negeri dari parti itu yang didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu.
Menurutnya, oleh kerana laporan polis telah dibuat semalam, DAP berpandangan tiada siapa yang mengatasi undang-undang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh.
“Tindakan yang sepatutnya akan diambil, bergantung kepada hasil penyiasatan yang dijalankan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
BACA: Pembantu rumah Exco Perak kini dalam perlindungan polis - Ketua Polis Perak
BACA: Pembantu rumah dicabul Exco Perak: KBRI belum terima maklumat
Beliau mengulas laporan media mengenai seorang Exco Perak sedang disiasat pihak polis selepas disyaki merogol pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia.
Difahamkan mangsa tampil membuat laporan polis semalam selepas dipercayai dirogol di kediaman lelaki itu di Meru, Ipoh.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, ACP Choo Lily mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Topic Berkaitan
#Choo Lily
#DAP
#exco Perak
#Indonesia
#Ipoh
#mangsa
#Nga Kor Ming
#polis
#rogol
#siasatan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan