Kerajaan yakin pelancaran program Food Bank Malaysia yang akan diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mampu meringankan kesan kenaikan kos sara hidup dan juga mengurangkan pembaziran makanan di kalangan rakyat Malaysia.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Program Food Bank Malaysia ini adalah antara usaha Kerajaan untuk meringankan kesan kenaikan kos sara hidup dan juga mengurangkan pembaziran makanan di kalangan rakyat Malaysia.
"Pelaksanaan Program Food Bank Malaysia yang akan diterajui oleh KPDNHEP ini adalah sangat bertepatan dengan fokus Kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat terutama sekali golongan kurang berkemampuan atau kumpulan B40
"Golongan ini perlu diberi perhatian sepenuhnya bagi membolehkan mereka mendapat akses bekalan makanan kerana ianya sedikit sebanyak dapat menjimatkan wang perbelanjaan mereka ke atas kos pembelian makanan dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan boleh guna golongan tersebut untuk digunakan bagi perkara-perkara penting yang lain seperti pendidikan dan kesihatan," katanya dalam ucapan perasmian program Food Bank Malaysia peringkat Kebangsaan di Kompleks Masyarakat Penyayang sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibaca oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
BACA: Food Bank Malaysia mulai Januari depan
Dr Mahathir berkata inisiatif ini merupakan satu usaha sukarela yang tidak memerlukan implikasi kewangan yang besar kepada Kerajaan.
"Inisiatif ini boleh dilaksanakan melalui komitmen tanggungjawab sosial dan semangat kesukarelawanan yang tinggi daripada pihak swasta serta badanbadan bukan kerajaan bagi bersama-sama membantu Kerajaan dalam menangani isu pembaziran makanan dan kos sara hidup," katanya.
Beliau berkata isu lebihan makanan ini bukan perkara yang asing bagi Malaysia, rakyat Malaysia menghasilkan sebanyak 15,000 tan lebihan makanan setiap hari, daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,000 tan adalah lebihan makanan yang masih elok dan selamat dimakan.
"Sekiranya 3,000 tan makanan tersebut dapat diagihkan dengan optimum maka kuantiti ini boleh digunakan untuk memberi manfaat kepada hampir dua juta orang rakyat Malaysia. Makanan lebihan walaupun nampak remeh, tetapi ia mempunyai impak besar kepada golongan yang memerlukan," katanya.
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa melalui Program Food Bank Malaysia ini, lebihan makanan yang diterima akan disalurkan kepada kumpulan-kumpulan sasar dan rumah kebajikan yang berdaftar.
"Saya juga dimaklumkan, Program Food Bank Malaysia ini akan mensasarkan seramai 186,354 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berada di bawah Paras Garis Kemiskinan di seluruh negara untuk diagihkan lebihan makanan yang dikumpul," katanya.
Bagi memastikan pengurusan lebihan makanan dan pelaksanaan Program Food Bank Malaysia dengan lebih sistematik dan teratur, Dr Mahathir berkata kerajaan telah bersetuju untuk melancarkan sebuah yayasan yang akan dikenali sebagai Yayasan Food Bank Malaysia.
"Yayasan ini akan menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan untuk mengurangkan pembaziran makanan disamping menangani isu peningkatan kos sara hidup rakyat dimana ia akan diterajui oleh pemegang-pemegang amanah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan komited dalam menjayakan agenda Kerajaan ini," katanya.
Beliau juga berharap dengan lengkapnya semua mekanisme operasi pelaksanaannya, Program Food Bank Malaysia dapat digerakkan dengan jayanya bagi membantu semua golongan yang memerlukan, bukan sahaja di Semenanjung Malaysia bahkan juga di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
"Saya juga mengambil kesempatan untuk sekali lagi mempelawa semua pihak terutama badan-badan korporat, pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), mahupun individu untuk bersama-sama Kerajaan dalam menjayakan Program Food Bank Malaysia," katanya. -- Bernama
Bernama
Sat Dec 22 2018
DR MAHATHIR: Inisiatif ini merupakan satu usaha sukarela yang tidak memerlukan implikasi kewangan yang besar kepada Kerajaan. - BERNAMA/Fail
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Lebih 20,000 siswa terima manfaat Food Bank Malaysia di IPT
Seramai 20,951 siswa di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara menerima manfaat menerusi 28 Food Bank Malaysia (FBM) Siswa yang diwujudkan di seluruh negara.
Sedekah membawa barakah. Jom kongsi rezeki dengan hanya imbas kod SedeQR!
Bertemakan Nikmat Disyukuri, Rezeki Dikongsi, AIA PUBLIC Takaful berkerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan B40.
Program 'Food Bank Malaysia' bukan bantuan makanan rasmi kerajaan - KPDNHEP
Program 'Food Bank Malaysia' adalah program kesukarelawan yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan bukan program bantuan makanan rasmi kerajaan.
Program Food Bank Siswa beri manfaat kepada pelajar
Susulan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, kerajaan memutuskan untuk meluaskan Program Food Bank Malaysia ke semua universiti.