awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ganggu penjawat awam bertugas: Pasangan suami isteri dipenjara 14 hari

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2016
05:48 MYT
Ganggu penjawat awam bertugas: Pasangan suami isteri dipenjara 14 hari
Pasangan suami isteri tersebut dijatuhkan hukuman 14 hari oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini hari ini. - Gambar fail
Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 hari terhadap pasangan suami isteri yang mengganggu seorang penjawat awam wanita menjalankan tugas di sebuah tempat letak kereta Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada Khamis.
Lor Ka Hoo, 35, dan Tat Sit Fun, 30, mengaku bersalah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan tugas.
Majistret P. Sarulatha turut memerintahkan tertuduh membayar denda M3,000 seorang dan sekiranya gagal, tertuduh diarahkan dipenjara 7 hari.
Mahkamah menangguhkan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.
Dalam insiden tersebut, pasangan itu naik berang dengan tindakan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletakkan kereta, seorang lelaki dan wanita bertindak luar kawalan semalam.
BACA: Pasangan halang tugas kakitangan wanita MBSA didakwa
Video mempamerkan insiden tersebut telah mula viral sejak semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya turut mengesahkan penahanan itu.
Berdasarkan keterangan mangsa, Nurul Ain Isa, pasangan terbabit berang dengan tindakannya mengeluarkan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletak kereta.
Mangsa telah menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan.
Penjelasan itu membuatkan pasangan itu bertambah berang dan bertindak menghalang dan merakam gambarnya dengan tujuan menghalang mangsa menjalankan tugas.
Topic Berkaitan
#Bukit Rahman Putra
#gangguan
#MBSA
#p.sarulatha
#Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan