NATIONAL
Gara-gara liwat murid, bakal guru dipenjara 14 tahun, enam sebatan

Tertuduh yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan. - Foto Astro AWANI
Seorang bakal pendidik dijatuhi hukuman 14 tahun penjara dan enam sebatan kerana meliwat murid tahun enam.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Azman Mustapha selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap Mohamad Harman Faiz Hassin yang berusia 28 tahun.
Tertuduh yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat mangsa yang ketika kejadian berusia 12 tahun tanpa kerelaannya.
Perbuatan itu dilakukan di bilik asrama di sebuah institusi pendidikan guru di negeri ini, jam 1 tengah hari pada 17 September 2016.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam daripada firma Tetuan Syukri, Zamri & Azran.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami