Kementerian Luar Negeri mengesahkan 428 pelajar Malaysia di Banda Aceh, Indonesia berada dalam keadaan selamat susulan gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter melanda daerah Pidie Jaya awal pagi tadi.

Kementerian itu dalam satu kenyataan turut memaklumkan warga Malaysia memerlukan bantuan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.

Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh juga menasihati pelajar-pelajar Malaysia agar sentiasa peka dan berjaga-jaga serta mengikuti nasihat telah dikeluarkan.

LAPOR LANGSUNG: Angka korban meningkat, gempa bumi kuat melanda Aceh, Indonesia

BACA: Penduduk, pelancong bertempiaran lari selamatkan diri

BACA: 15 pelajar UiTM Shah Alam dalam program akademik di Banda Aceh selamat

Tragedi gempa bumi berpusat di Pidie Jaya, Aceh berukuran 6.4 skala ritcher itu turut dirasai di Banda Aceh dengan gegaran sederhana.

Namun setakat ini, tiada pelajar Malaysia atau rakyat Malaysia yang terlibat dengan gempa bumi tersebut.