Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedia menyalurkan bantuan kepada Kerajaan Indonesia dalam berdepan bencana gempa bumi di Lombok.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tawaran itu termasuk operasi mencari dan menyelamat serta proses pemulihan pasca bencana.
"Kita menawarkan untuk menolong mangsa-mangsa yang terlibat dalam gempa bumi di Lombok.
"Kita tunggu apa-apa yang diperlukan pihak Indonesia bagi rombongan kita terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat serta proses pemulihan," katanya kepada media selepas Majlis Jamuan Minum Petang bersama pengundi DUN Sungai Kandis di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau turut mengesahkan mangsa yang meninggal dunia, Siti Nur Ismawida Ismail, 30, merupakan ahli PKR yang menetap di Desa Pandan, Ampang.
BACA: Allahyarhamah Siti Nur Ismawida seorang pejuang belia - MBM
BACA: Allahyarham Siti Nur dihempap tembok runtuh - Rakan
Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok jam 5.47 pagi tadi menyebabkan penduduk kawasan itu bertempiaran meninggal kediaman dan bangunan.
Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa tersebut terjadi pada 5.47 pagi dan berpusat 28km barat Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempa sekitar 10km.
Menurut BMKG, berlaku 31 gegaran susulan di bawah 5 skala Richter selepas gempa pertama itu sehingga jam 7.39 pagi tadi.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Jul 29 2018
DR WAN AZIZAH: Kita tunggu apa-apa yang diperlukan pihak Indonesia bagi rombongan kita terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat serta proses pemulihan. - BERNAMA/Fail
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi sederhana dikesan di Taiwan
Gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 71 km tenggara dari Taichung, Taiwan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Gempa bumi di Taiwan diunjur beri kesan minimum kepada industri semikonduktor Malaysia
Antara bangunan di Hualien yang runtuh akibat gempa bumi yang melanda timur Taiwan. FOTO CNA / AFP
Gempa bumi kuat dikesan di Papua New Guinea
Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 68km iaitu 30km tenggara dari New Britain Island.
Gempa bumi bermagnitud 5.4 landa timur Taiwan
Pusat gempa kali ini dikesan di Lautan Pasifik, 40.2 kilometer (km) timur- timur laut Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 16.9km.
Gempa bumi di New York, New Jersey: Kementerian Luar giat selaras usaha
Gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.
Dua warga Singapura hilang selepas gempa bumi di Taiwan - Laporan
Pejabat Perdagangan Singapura di Taipei berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai perkara itu.
Gempa bumi 4.8 magnitud melanda bandaraya New York dan kawasan sekitar
Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Malaysia di New York, mengesahkan satu kejadian gempa bumi dengan magnitud 4.8 melanda berhampiran Stesen Whitehouse, New Jersey.