awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Lombok: Allahyarham Siti Nur dihempap tembok runtuh - Rakan

Isabelle Leong
Isabelle Leong
29/07/2018
05:54 MYT
Gempa Lombok: Allahyarham Siti Nur dihempap tembok runtuh - Rakan
Sebahagian dari kesan runtuhan akibat gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok jam 5.47 pagi tadi. - Foto Haziq Wafiy
Allahyarham Siti Nur Ismawida, 30, mangsa rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Indonesia awal hari ini adalah dalam misi pendakian ke gunung berapi Rinjani di Lombok Timur.
Menurut rakan mangsa, Haziq Wafiy, 26, dia dan Allahyarham menyertai 16 warga Malaysia lain dalam program untuk mendaki gunung itu.
“Mangsa cedera parah selepas rumah tumpangan yang kami duduki di Sembalun runtuh dan dihempap tembok.
“Dia meminta tolong dengan suara yang lemah dan tidak sedarkan diri apabila dikeluarkan dari tempat kejadian. Dalam perjalanan ke Klinik Desa Lombok Timur, dia sedar semula dan masih ada reaksi.
“Masa sampai di klinik desa, doktor bagi dia rawatan tetapi dia meninggal dunia sekitar jam 8 pagi ini,” katanya ketika diuhubungi Astro AWANI.
BACA: Kementerian Luar sahkan kematian seorang rakyat Malaysia
Bagaimanapun punca sebenar kematian mangsa belum disahkan oleh doktor tempatan.
Haziq turut berkata pasukannya cuba menghubungi keluarga Allaryaham namun tidak berjaya.
Mereka hanya sempat memaklumkan pemergian Siti Nur kepada rakan sekerjanya.
Ketika kejadian gempa bumi tersebut berlaku, sebahagian daripada mereka sedang bersiap sedia untuk pulang ke Malaysia.
BACA: 10 terkorban, 40 cedera gempa bumi kuat di Pulau Lombok
Selain itu enam anggota kumpulan itu dikatakan cedera dengan tiga daripadanya parah.
Mangsa yang cedera dan pendaki yang lain ditempatkan di Hospital Selong bagi menerima rawatan selanjutnya.
Antara mangsa gempa yang cedera sedang menerima rawatan.
Antara mangsa gempa yang cedera sedang menerima rawatan.
Sementara itu, menurut laporan Bernama, Ketua Polis Lombok Timur, M.Eka Fahurrahman mengesahkan mangsa terkorban akibat ditimpa runtuhan tembok bangunan.
"Sebanyak 18 warga Malaysia dalam misi mendaki Gunung Rinjani, enam cedera manakala yang lain selamat," katanya.
Maklumat lengkap berhubung mangsa dan kumpulan pendaki dari Malaysia itu belum diperoleh sepenuhnya.
Gunung berapi Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat adalah destinasi popular pelancong dan pendaki.
Gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia itu dengan ketinggian 3,726 meter adalah sebahagian daripada Taman Nasional Gunung Rinjani seluas 41,330 hektar yang popular dengan keindahan semulajadinya.
Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok jam 5.47 pagi tadi menyebabkan penduduk kawasan itu bertempiaran meninggal kediaman dan bangunan.
Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa tersebut terjadi pada 5.47 pagi dan berpusat 28 km barat Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempa sekitar 10 km.
Menurut BMKG, berlaku 31 gegaran susulan di bawah 5 skala Richter selepas gempa pertama itu sehingga jam 7.39 pagi tadi.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Indonesia
#Lombok
#Malaysia
#meninggal dunia
#Siti Nur Ismawida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan