Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menasihatkan rakyat Malaysia di New Zealand supaya sentiasa berwaspada dan segera menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington jika mereka terjejas akibat gempa bumi semalam.
Dalam satu kenyataan di laman akaun Facebook rasmi beliau, Najib berkata Kementerian Luar akan terus memantau rapi keadaan itu walaupun tiada laporan rakyat Malaysia menjadi korban setakat ini.
"Amaran tsunami sudah dikeluarkan setakat ini tetapi setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia yang terkorban. Bagaimanapun, Kementerian Luar akan terus memantau rapi keadaan di sana.
"Tolong berwaspada dan hubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington di talian +64-4-3852439 atau +64210440188 jika anda memerlukan bantuan atau pertanyaan lanjut," kata beliau.
Perdana Menteri juga mengucapkan takziah kepada rakyat New Zealand, terutama kepada keluarga dan mangsa tragedi itu.
Semalam, satu gempa bumi kuat pada magnitud 7.8 melanda Pulau Selatan New Zealand, mengorbankan sekurang-kurangnya dua nyawa.
Susulan kejadian, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran ancaman-Tsunami dan setiap orang di pantai timur negara itu diarahkan menuju ke kawasan dalam atau tanah tinggi pulau berkenaan. -- BERNAMA
BACA: Lagi gempa 6.5 skala ritcher landa New Zealand pagi ini
BACA: Dua terbunuh dalam gempa bumi 7.8 magnitud di New Zealand
BACA: Gempa bumi kuat berhampiran Christchurch, New Zealand
Bernama
Mon Nov 14 2016
Kejadian gempa bumi di New Zealand turut mengakibatkan tanah runtuh dan jalan ditutup. - Gambar AP
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi sederhana dikesan di Taiwan
Gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 71 km tenggara dari Taichung, Taiwan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Gempa bumi di Taiwan diunjur beri kesan minimum kepada industri semikonduktor Malaysia
Antara bangunan di Hualien yang runtuh akibat gempa bumi yang melanda timur Taiwan. FOTO CNA / AFP
Gempa bumi kuat dikesan di Papua New Guinea
Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 68km iaitu 30km tenggara dari New Britain Island.
Gempa bumi bermagnitud 5.4 landa timur Taiwan
Pusat gempa kali ini dikesan di Lautan Pasifik, 40.2 kilometer (km) timur- timur laut Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 16.9km.
Gempa bumi di New York, New Jersey: Kementerian Luar giat selaras usaha
Gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.
Dua warga Singapura hilang selepas gempa bumi di Taiwan - Laporan
Pejabat Perdagangan Singapura di Taipei berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai perkara itu.
Gempa bumi 4.8 magnitud melanda bandaraya New York dan kawasan sekitar
Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Malaysia di New York, mengesahkan satu kejadian gempa bumi dengan magnitud 4.8 melanda berhampiran Stesen Whitehouse, New Jersey.