Global Peace Mission (GPM) Malaysia 'berkampung' di Indonesia untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan bagi memastikan penduduk di provinsi yang menjadi mangsa kejadian gempa bumi dan tsunami di negara itu bangkit semula.
Ketua Misi GPM Ahmad Hamizan Ahmad Horman berkata pihaknya sudah berada di negara berkenaan kira-kira 16 hari bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk tempatan di Sulawesi Tengah, Palu dan Lombok yang terjejas akibat bencana alam itu.
"Sebelum ini, kami berada di Palu kira-kira 12 hari untuk memberi 1,000 sumbangan pek makanan, bantuan perubatan dan membangunkan 'Peace Village'.
"Dari Palu kami terus ke Lombok dan sudah berada di sini kira-kira empat hari bagi membantu penduduk yang terjejas menghadapi fasa pemulihan akibat gempa bumi beberapa bulan yang lalu," katanya kepada Bernama yang mengikuti misi bantuan #peduligempalombok6.0 di sini, hari ini.
Beliau berkata tumpuan misi kali ini adalah untuk membina rumah sementara kepada penduduk Lombok yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda destinasi pelancongan terkenal itu pada Julai dan Ogos.
"Pada September, kami telah menyerahkan sumbangan pek makanan dan kit bayi di Lombok dan kini kembali bagi membantu menyiapkan tempat tinggal mereka yang musnah akibat bencana alam itu," katanya.
Sementara itu, Ahmad Hamizan berkata GPM merancang untuk kembali ke Palu pada minggu depan bagi meneruskan misi kemanusiaan di ibu kota provinsi Sulawesi Tengah itu.
Lombok kini sedang dalam fasa baik pulih, selepas digegarkan dengan gempa berukuran 6.4 pada skala Richter pada 29 Julai, disusuli gegaran kedua pada 5 Ogos, berukuran 7 pada skala Richter.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan bantuan boleh membuat sumbangan dalam talian www.billplz.com atau deposit kepada akaun GLOBAL PEACE MISSION, Maybank 5642 2161 1602, atau Bank Islam 1402 3010 02922 4.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018
Lombok kini sedang dalam fasa baik pulih, selepas digegarkan dengan gempa berukuran 6.4 pada skala Richter pada 29 Julai, disusuli gegaran kedua pada 5 Ogos, berukuran 7 pada skala Richter. - REUTERS/Fail
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
GPM 'berkampung' di Indonesia
Pihaknya sudah berada di negara berkenaan kira-kira 16 hari bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk tempatan di Sulawesi Tengah, Palu dan Lombok yang terjejas akibat bencana alam itu.