MEMANG diakui pada zaman serba mudah ini, segalanya di hujung jari yang mana dengan beberapa sentuhan sahaja di peranti, makanan sedia dihantar di depan pintu.

Syarikat GrabFood, antara perkhidmatan hantaran makanan yang sering digunakan rakyat Malaysia mengumumkan kenaikan kos penghantaran daripada RM5 hingga RM9 bagi setiap pesanan bermula Isnin lalu.

Menurut portal berita The Star, peningkatan itu dilakukan GrabFood dalam usaha mereka meluaskan radius penghantaran dalam memenuhi permintaan pelanggan untuk memesan makanan daripada pelbagai pilihan restoran.

Laporan itu juga berkata, caj penghantaran pesanan dari restoran yang jaraknya kurang atau masih dalam lingkungan pada 8 kilometer (km) kekal pada kadar RM5.

Manakala caj RM6 dikenakan bagi pesanan dari restoran-restoran berjarak sekitar 8 hingga 10 km sementara RM7 untuk pesanan dari kedai makan yang berada dalam lingkungan 10 hingga 12 km.

Keputusan ini dibuat selepas pengurusan GrabFood mengambil pertimbangan jarak perjalanan jauh yang perlu ditempuhi penghantar GrabFood .

Serentak itu, syarikat servis penghantaran berkenaan turut mengumumkan pemberhentian semua pelan langganan bulanan dan Pelan Deluxe GrabFood bermula esok.

BACA: Grab sumbang RM24 bilion pada ekonomi Asia Tenggara

Kesemua tawaran dalam Pelan GrabFood Deluxe yang dihentikan ialah 15 penghantaran percuma, tiga kupon RM10 dan baucar diskaun 40 peratus.

Bagaimanapun, pelanggan semasa masih boleh memperbaharui pelan mereka untuk kali terakhir dan ditawarkan kupon diskaun sebanyak 50 peratus.

Peningkatan caj penghantaran ini kata GrabFood, hanya sementara kerana syarikat berkenaan masih menilai semula keperluan pelanggan.

BACA: Grab terkejut dengan cadangan MyCC, akui patuhi syarat Akta Persaingan 2010

BACA: MyCC cadang Grab didenda RM86 juta akibat menindas