awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pearly-Thinaah intai gelaran Super 1000 di Terbuka Malaysia
Peniaga didenda RM80,000 buat sambungan haram elektrik bagi lombong bitcoin
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GST: 'Saya mahu caj perkhidmatan dihapuskan' - Hasan Malek

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
13/04/2015
01:15 MYT
GST: 'Saya mahu caj perkhidmatan dihapuskan' - Hasan Malek
HASAN MALEK: Saya mahu caj perkhidmatan dihapuskan - Gambar fail
Kerajaan sedang berusaha mencari jalan untuk menghapuskan 10 peratus caj perkhidmatan yang masih dikenakan di beberapa premis perniagaan termasuk di hotel dan lokasi pelancongan di negara ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, semua pihak kini dilihat berada dalam sedikit tekanan kerana berhadapan pelbagai cukai yang mungkin membebankan semua yang berkenaan.
"Saya bercadang untuk mencari jalan menghapuskan 10 peratus caj perkhidmatan yang dikenakan di kebanyakan premis perniagaan. Saya akan panggil badan bukan kerajaan (NGO), pengusaha industri pelancongan, Kementerian Kewangan untuk mengkaji implikasinya.
"Saya lihat sekarang ada terlalu banyak cukai, saya hendak mansuhkan caj perkhidmatan itu dan mahu peniaga, pengguna serta pekerja mendapat keuntungan daripadanya. Saya mahu situasi menang menang nanti.
"Saya sedang melihat beberapa faktor termasuk dari segi undang-undang dan reaksi semua pihak berhubung isu ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Hasan mengulas situasi terkini selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sejak 1 April lalu. PERSPEKTIF PENUH MENGENAI GST
Dalam pada itu katanya, rakyat kini sudah mula faham dan penerangan yang dibuat di seluruh negara mendapat sambutan menggalakkan.
"Kita buat penerangan mudah, menggunakan bahasa yang senang difahami dan tidak sekali-kali memeningkan rakyat dengan terma yang sukar ditafsir.
"Kita keluarkan statistik harian, rampasan atau apa-apa sahaja tindakan yang dibuat kepada mana-mana peniaga yang degil," katanya.
Sementara itu, Hasan memberitahu, rakyat dinasihati untuk terus mengadu ke talian khas GST yang disediakan KPDNKK seandainya ada masalah mengenai isu berkenaan.
"Jika ada keraguan jangan masuk di media sosial. Ini akan menyusahkan semua orang pihak dan memberi banyak implikasi susulan.
"Penjelasan kita jelas dan jangan diputar belit, apa-apa keraguan, tolong terus hubungi talian yang disedia, meletakkan isu GST di media sosial tidak akan menyelesai masalah yang ada," katanya.
Sebelum ini, Hasan dilaporkan berkata wang yang dikutip melalui pelaksanaan GST tidak akan disalah guna.
Tegasnya, wang tersebut akan digunakan bagi membina jalan raya, masjid, surau, kuil, sekolah, pembangunan modal insan, pendidikan dan membaik pulih infrastruktur.
Topic Berkaitan
#caj
#cukai perkhidmatan
#GST
#Hasan Malek
#hotel
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan