awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru wanita maut terkena tayar lori bauksit tercabut

Bernama
Bernama
21/12/2015
23:02 MYT
Guru wanita maut terkena tayar lori bauksit tercabut
Polis sedang mengesan pemandu lori berkenaan yang syarikatnya beralamat di Puchong, Selangor, kerana dipercayai melarikan diri. - Gambar Hiasan
Seorang guru wanita maut setelah kereta yang dinaikinya terkena tayar tengah lori membawa muatan bauksit yang tercabut di Jalan Pintasan-Pelabuhan berhampiran Sungai Karang, di sini petang Isnin.
Pegawai Turus Trafik Pahang DSP Ahmad Nazri Zainal berkata mangsa Nohaili Ahmad Zabidi, 40, merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Balok.
"Kejadian berlaku pada pukul 3 petang apabila tayar tengah sebelah kanan lori yang dari arah Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan itu telah tercabut dan terpelanting ke bahagian hadapan kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan.
"Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan penumpang hadapan kenderaan berkenaan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Namun pemandu kereta tersebut yang berusia 42 tahun tidak cedera," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.
Ahmad Nazri berkata polis sedang mengesan pemandu lori berkenaan yang syarikatnya beralamat di Puchong, Selangor, kerana dipercayai melarikan diri sejurus selepas kemalangan itu berlaku.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pemandu lori berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Nazri Zainal
#bauksit
#guru
#kemalangan
#Kuantan
#Lori
#Nohaili Ahmad Zabidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan