Had umur belia, Johor buat pusingan U

Had umur belia, Johor buat pusingan U
Kerajaan Johor akan membantu menyelaraskan hal ehwal teknikal di peringkat negeri selaras dengan pindaan RUU Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia, kata Sheikh Umar. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan Johor mengubah pendirian dengan menerima pindaan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun, sehari selepas pengumuman untuk mengekalkan had umur belia di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, keputusan itu dicapai dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan pada pagi Selasa.

Menurut Sheikh Umar, keputusan berkenaan juga seiring dengan pendirian Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan negeri Johor menerima baik pindaan umur belia 15-30 tahun ini, selaras dengan keputusan yang dibuat,
“Kita menyedari bahawa perubahan yang melibatkan Akta 668 ini pastilah akan memberi implikasi dalam keseluruhan pergerakan belia termasuklah dari aspek keabsahan pendaftaran pertubuhan belia (ROY) dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan.

Kerajaan Johor sebelum ini mengambil keputusan mengekalkan had umur belia di negeri antara 15 tahun hingga 40 tahun bagi memastikan pelan perancangan yang telah dirangka, khususnya melibatkan belia, tidak terbantut.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pada umur 40 tahun, golongan itu merupakan kelompok yang strategik untuk membina karakter kepimpinan dalam berjuang dan mempertengahkan isu-isu semasa yang berbangkit.

BACA: Belia kini berumur 15 hingga 30 tahun 

Mengulas lanjut, Sheikh Umar berkata, kerajaan negeri telah mengambil maklum dan akan membantu menyelaraskan hal ehwal teknikal di peringkat negeri bersabit dengan keputusan tersebut.

“Perubahan yang melibatkan Akta 668 akan memberi implikasi dalam keseluruhan pergerakan belia termasuklah dari aspek keabsahan pendaftaran pertubuhan belia (ROY) dan sebagainya.

“Ingin saya tegaskan sekali lagi, pindaan ini adalah pindaan akta yang terkait langsung dengan soal perundangan. Ia bukan sekadar suatu dasar sepertimana Dasar Belia Negara yang pernah dilancarkan Perdana Menteri Najib Razak pada tahun 2015 yang lalu,” katanya lagi.




Tag: had umur, belia, Johor, Dewan Rakyat, Pembangunan Belia, Akta 668


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.