awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Had umur belia: Kerajaan Persekutuan ingin tahu alasan Kerajaan Johor - Tun M

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/07/2019
03:18 MYT
Had umur belia: Kerajaan Persekutuan ingin tahu alasan Kerajaan Johor - Tun M
Dr Mahathir berkata, Kerajaan Persekutuan akan meneliti alasan yang diberi Kerajaan Johor berhubung pendirian mengenai had umur belia. - Gambar fail
Kerajaan Persekutuan akan menilai alasan Kerajaan Johor yang mengekalkan had maksima umur belia kepada 40 tahun.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penelitian akan dibuat sekiranya benar wujud campur tangan Istana Johor hingga menyebabkan kerajaan negeri itu beberapa kali menukar pendirian mereka.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berharap Istana Johor tidak masuk campur urusan Kerajaan Persekutuan berhubung had umur belia.
“Mesti ada campur tangan, sebab itu dia (Muhyiddin) kata begitu. Kita akan melihat sama ada wujud campur tangan atau tidak.
“Kita akan teliti dan melihat sama ada alasan yang diberi (Kerajaan Johor) diterima atau tidak,” katanya pada sidang media di Parlimen pada Khamis.
Pada Rabu, Muhyiddin berkata, Istana Johor boleh memberi pandangan berhubung apa jua perkara yang dirasakan perlu, namun kerajaan negeri harus diberi kebebasan untuk membuat keputusan akhir.
Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berjumpa dan memberi penjelasan kepada Istana Johor supaya pelaksanaan pindaan umur belia 15 hingga 30 tahun, dapat diseragamkan di seluruh negara. BACA: Had umur belia: Johor buat pusingan U sekali lagi, terima nasihat 'beberapa pihak'
Topic Berkaitan
#had umur belia
#Kerajaan Johor
#kerajaan Persekutuan
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan