awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Halang pelancong masuk masjid perbuatan tidak bertanggungjawab" - Tun Mahathir

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/01/2020
06:48 MYT
"Halang pelancong masuk masjid perbuatan tidak bertanggungjawab" - Tun Mahathir
Kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan menyekat pelancong dari melawat masjid dan lokasi pelancongan lain di negara ini, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan menyekat pelancong dari melawat masjid dan lokasi pelancongan lain di negara ini, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Perdana Menteri, perbuatan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan sengaja mencetuskan ketegangan antara kaum.
Justeru, kata beliau, kerajaan tidak akan tolak ansur terhadap pihak berkenaan.
“Ini bukan dasar kerajaan. Kerajaan tidak mengisytiharkan bahawa masjid atau muzium tidak boleh dilawati oleh pelancong kerana kononnya mereka (pelancong China) membawa penyakit (koronavirus) itu ke tempat-tempat ini.
"Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan pihak kerajaan akan mengambil tindakan kepada mereka yang sengaja mengeluarkan berita palsu untuk menakutkan rakyat di Malaysia, bahkan untuk cetuskan perasaan benci antara kaum di Malaysia,” kata beliau dalam sidang media khas, di sini, pada Rabu. BACA: Koronavirus: Masjid Putra ditutup kepada pengunjung bukan Islam, hanya untuk solat BACA: Koronavirus: Kerajaan sedia bawa balik rakyat Malaysia di Wuhan - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata demikian ketika pihak berkuasa sedang giat bertindak mengekang penyebaran berita palsu berkaitan wabak koronovirus di Wuhan, China.
Tambah beliau, pihak berkaitan tidak sepatutnya menggunakan kebebasan media sebagai platform untuk menyebarkan berita palsu.
“Kita akan mengambil tindakan terhadap individu ini. Kebebasan media masih kekal di negara ini tetapi menyebarkan berita palsu dan penipuan telah menimbulkan masalah.
“Kita tidak akan bertolak ansur terhadap mereka,” tegas Dr Mahathir.
Topic Berkaitan
#halang pelancong masuk masjid
#koronavirus
#Mahathir Mohamad
#perbuatan tidak bertanggungjawab
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan