awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya buah-buahan yang memenuhi syarat sahaja dibenarkan masuk ke Malaysia - MAQIS

Faiq Chong
Faiq Chong
13/04/2018
12:02 MYT
Hanya buah-buahan yang memenuhi syarat sahaja dibenarkan masuk ke Malaysia - MAQIS
Pihak MAQIS juga turut melaksanakan pemeriksaan ketat ke atas produk pertanian di semua pintu masuk negara dan memastikan hanya buah-buahan termasuk buah melon yang selamat sahaja dibenarkan diimport ke negara. Foto - moa.gov.my
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) memaklumkan bahawa penarikan semula buah-buahan termasuk tembikai wangi yang tercemar dengan bakteria listeria monocytogenes telahpun dijalankan.
Maklum balas tersebut dikeluarkan daripada MAQIS ketika ditanya sebarang tindakan susulan yang telah dilaksanakan daripada pihak berkenaan mengenai pengimportan buah tembikai wangi yang juga dikenali sebagai rockmelon atau cantaloupe dari Australia, hari Khamis.
“Pihak kami sentiasa memastikan hanya buah-buahan yang memenuhi syarat ditetapkan sahaja dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia,” respon daripada pihak berkenaan.
Menurutnya juga, sebarang pengimportan produk pertanian ke Malaysia seperti buah tembikai perlu mematuhi prosedur SPS (sanitary & phytosanitary) serta bebas dari penyakit, serangga dan mikrob yang boleh membahayakan kesihatan manusia yang memakan buah tersebut.
Pihak MAQIS juga turut melaksanakan pemeriksaan ketat ke atas produk pertanian di semua pintu masuk negara dan memastikan hanya buah-buahan termasuk buah tembikai yang selamat sahaja dibenarkan diimport ke negara ini.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengeluarkan kenyataan akhbar pada 6 Mac yang menjelaskan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia telah mengesahkan pengeksportan tembikai wangi selepas 1 Mac adalah selamat dan tidak terlibat dengan isu tersebut.
Sehingga kini, KKM melaporkan tiada kes keracunan listeriosis berlaku di Malaysia akibat memakan buah tersebut.
Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan sekurang-kurangnya sembilan negara, termasuk Malaysia, telah menerima eksport tembikai wangi yang dicemari bakteria listeria dari Australia pada 9 April lalu.
Baca: Australia eksport tembikai dicemari bakteria listeria ke sembilan negara, termasuk Malaysia - WHO
Pihak berkuasa Australia telah menghantar notis terperinci ke International Food Safety Auhorities Network ke negara-negara terbabit setelah mendapati syarikat pengeluar tembikai berkenaan telah mengeksport tembikai yang tercemar itu pada 2 Mac lalu.
Topic Berkaitan
#Australia
#Bakteria
#cantaloupe
#KKM
#listeria
#Malaysia
#maqis
#rockmelon
#tembikai wangi
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan