awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau 'jinak' berkeliaran di kampung berjaya ditangkap

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2019
11:15 MYT
Harimau 'jinak' berkeliaran di kampung berjaya ditangkap
Dalam kejadian pagi Khamis, penduduk Kampung Besol, Bandar Bukit Besi gempar apabila dua ekor harimau yang kelihatan jinak berlegar di kawasan kediaman mereka. - Foto Twitter PERHILITAN
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu telah berjaya menangkap seekor harimau belang sesat yang berkeliaran di Kampung Besol, di sini.
Pengarahnya Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata, haiwan berkenaan ditangkap kira-kira jam 3.45 petang ini.
Menurutnya, harimau itu dikesan sekitar jarak 300 meter dari kawasan hutan kampung tersebut.
Jelasnya, operasi yang bermula jam 6.30 pagi hari ini membabitkan 22 kekuatan.
Pada masa sama, operasi mengesan dan menjejak seekor lagi harimau belang masih giat dijalankan.
BACA: Harimau sesat mungkin belaan - Perhilitan
Dalam kejadian pagi Khamis, penduduk Kampung Besol, Bandar Bukit Besi gempar apabila dua ekor harimau yang kelihatan jinak berlegar di kawasan kediaman mereka.
Penduduk mendakwa, ia adalah kejadian pertama seumpamanya sepanjang 60 tahun kampung ini dibuka.
Sementara itu, Bernama melaporkan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Besul Lama, Nasharudin Mohd Salleh berkata, penduduk kampung kini boleh menarik nafas lega dan tidur lena dengan tertangkapnya haiwan liar berkenaan.
Beliau, yang mewakili penduduk kampung, mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pasukan polis dan Perhilitan yang bertugas 24 jam sehari menjaga keselamatan penduduk dan menjalankan operasi menangkap haiwan itu.
"Mengikut maklumat Perhilitan operasi akan dijalankan selama tiga hari lagi untuk mengesan seekor lagi harimau yang didakwa turut berkeliaran di sini.
"Bagaimanapun perkara itu (dua ekor harimau) hanya berdasarkan dakwaan penduduk kerana operasi yang dijalankan hanya menemui tapak kaki seekor harimau sahaja," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Malek Mohd Yusof
#Bandar Bukit Besi
#Dungun
#harimau
#Perhilitan
#tangkap
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan