Kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter telah ditemui namun identiti mereka belum dapat dipastikan.
Pengarah Bomba Selangor berkata bahawa proses mengeluarkan mayat mungkin selesai 9.30 malam ini, lapor Bernama.
Pada kejadian petang tadi, sebuah helikopter awam dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih.
Pasukan bomba Kajang dihantar ke lokasi sejurus kemudian untuk usaha menyelamat.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam Twitternya kemudian menyebut bahawa helikopter itu membawa enam penumpang.
Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.
"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu," katanya kepada Bernama.
Dilaporkan juga kejadian ini melibatkan orang kenamaan.
Dalam pada itu, seorang saksi mendakwa melihat helikopter malang itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.
Roslan Harun, 54, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga stor berhampiran tempat kejadian, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.
"Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
Roslan yang ketika itu berehat di rumahnya kira-kira satu kilometer (km) dari tempat nahas helikopter itu, berkata beliau cuba memasuki kawasan berkenaan tetapi membatalkan niatnya dan terus menghubungi Jabatan Bomba
dan Penyelamat (JBPM).
Menurutnya kawasan nahas itu terletak kira-kira 5 km di dalam kawasan Kampung Sungai Pening, kira-kira 13 km dari pekan ini.
"Nak masuk ke tempat helikopter betul-betul terhempas, kita kena masuk 2km ke dalam kawasan kebun getah," katanya.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang tadi.
Astro Awani
Sat Apr 04 2015
Sebuah helikopter awam dilaporkan terhempas di Kampong Pasir di Semenyih pada Sabtu.
Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
Sediakan portal data untuk orang awam pantau keadaan pokok
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail,pihak berkuasa tempatan (PBT) harus ambil cakna untuk adakah sebuah portal data bagi pokok-pokok yang berada di Kuala Lumpur.
Pokok buluh boleh dijadikan sebagai penghalang kepada angin yang kuat
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr Nor Atiah Ismail, dengan adanya penghalang ini, ia daoat mengelakkan lebih kerap isu pokok tumbang daripada terjadi.
Lebih 8,000 permasalah ibadah dikemukakan sejak e-Taib diperkenal
Perkhidmatan menerusi aplikasi THhujjaj itu mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah di Tanah Suci dan juga mereka yang di tanah air.
Industri Padi: Strategi pengurusan perakaunan dalam kalangan pesawah
Bagaimana setiap pesawah padi boleh mengurus kewangan mereka dengan strategik di sebalik pelbagai cabaran? Kupasan bersama Koordinator (YSBC - Yunus Social Business Centre) UPM, Profesor Madya Dr Hasri Mustafa.
Hari Belia: Ramai dapat kerja tapi berkemahiran rendah?
Kadar pengangguran Malaysia menurun kepada 3.3 peratus namun masih ramai pekerja yang meraih pekerjaan berkemahiran rendah. Justeru dalam reformasi ekonomi yang diperlukan, apakah langkah sesuai untuk meningkatkan ruang kerja lebih mahir untuk rakyat Malaysia?
[DATA & STATISTIK] Penduduk Malaysia cecah 34 juta, 90% warganegara
Ini merupakan peningkatan 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (33.2 juta). Ia disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi Warganegara dan juga pertambahan penduduk Bukan Warganegara. Jumlah penduduk ini merangkumi 30.6 juta (90.0%) Warganegara dan 3.4 juta (10.0%) Bukan Warganegara.
Era baharu hubungan Malaysia-Singapura
Bukan rahsia, kepimpinan Lee Kuan Yew tidak sebulu dengan Tun Dr Mahathir. Kini legasi kedua pemimpin sudah berakhir dan bertukar kepada kepimpinan baharu. Apakah jangkaan dalam lembaran baharu ini kepada hubungan dinamik dua hala?
EPL: Dua gol Haaland letak Manchester City di ambang kejuaraan
Haaland, yang membuka jaringan pada minit ke-51 dengan tolakan mudahnya, menyempurnakan sepakan penalti dalam waktu kecederaan.
Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan
Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.