Pemberian diskaun bagi kompaun saman trafik memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat – baik pesalah trafik mahupun pihak berkuasa.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, selain mengurangkan beban pesalah trafik, pembukaan kaunter diskaun saman trafik juga mengeratkan hubungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan masyarakat.
"Kita buka kaunter diskaun bukan setiap masa, hanya waktu tertentu sahaja. Ia dibuat apabila kita dapati ada ramai pesalah trafik yang mempunyai terlampau banyak saman sehingga ia membebankan mereka.
"Ada kalanya, kita buka kaunter diskaun kompaun saman untuk galakkan orang ramai bayar saman, dan ini mendapat reaksi positif daripada mereka.
"Namun ada pihak yang tidak setuju sebab ia umpama tidak memberi pengajaran kepada pesalah trafik. Tetapi, kita sebenarnya mahu beri ruang untuk orang ramai selesaikan saman supaya mereka boleh elak dikeluarkan waran tangkap," katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, pada Isnin.
BACA: 8,353 notis saman dikeluarkan dalam Op Selamat 14
Mohamad Fuzi memberi pandangannya apabila ditanya tentang cadangan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, yang mahu supaya saman trafik yang dikeluarkan oleh PDRM dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menawarkan sebarang diskaun.
BACA: Isu diskaun saman: Menteri Pengangkutan bincang dengan PDRM
Dalam kenyataannya pada 29 Jan lalu, Loke mengumumkan tiada sebarang diskaun akan diberikan ke atas mana-mana notis kompaun yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kesalahan lalu lintas.
Mohamad Fuzi berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tentang cadangan Loke itu.
"Saya pun perlu dapatkan butiran lengkap tentang perkara ini untuk kita ambil tindakan susulan, mungkin perlu selaraskan dengan pihak KDN dan saya perlu merujuk kepada Kementerian sebelum kita dapat beri kata putus mengenai perkara ini," tambahnya.
Afiezy Azaman
Mon Feb 04 2019
Penduduk Kuantan beratur panjang bagi membuat semakan dan bayaran saman di Balai Polis Trafik Daerah Kuantan pada 27 Dis lalu. - BERNAMA
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 - MOT
Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa etihad.com untuk maklumat terkini mengenai pelepasan penerbangan mereka.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Puluhan ribu penumpang dijangka banjiri lapangan terbang mulai hari ini - Loke
Waktu kemuncak ialah Sabtu dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak ditempah sepenuhnya - Anthony Loke
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Aidilfitri: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis - Anthony
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.
Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke
Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan.