KUALA LUMPUR:Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga, empat dan lima untuk distabilkan sebelum mereka dihantar mendapatkan rawatan rapi ke hospital.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata strategi itu bertujuan merawat kes-kes pesakit COVID-19 dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS 2.0 kategori satu dan dua yang tiba-tiba ke kategori tiga atau empat dan lima.
Beliau berkata hospital berkenaan yang terletak di Dewan B akan menyediakan fasiliti yang sama di hospital lain seperti peralatan tekanan darah dan negative pressure tent dengan menempatkan 30 katil bagi kategori tiga dan empat manakala di luar dewan sebuah khemah untuk transit Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 10 katil.
"Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan meningkatkan jumlah petugas di sini termasuk pakar penyakit berjangkit dan intensif yang boleh mengendalikan kes COVID yang lebih kompleks dan melibatkan rawatan rapi," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke PKRC MAEPS 2.0 di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Dr Adham berkata PKRC MAEPS 2.0 yang beroperasi sejak 9 Dis lalu akan mula menempatkan 10,000 pesakit COVID-19 kategori satu dan dua bermula 18 Jan ini.
"Saya telah meninjau tempat baharu yang hendak diisi dan tempatnya adalah kondusif kerana persiapan begitu teliti dan rapi termasuk juga tempat khas untuk keluarga yang positif COVID-19.
"PKRC MAEPS 2.0 juga akan menerima pesakit COVID-19 kategori satu dan dua yang telah sembuh daripada kategori tiga, empat dan lima yang dirawat di hospital COVID-19 selain pesakit dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan Lembah Klang," katanya.
Sementara itu, mengenai rawatan di rumah sekiranya ada yang positif COVID-19, Dr Adham berkata, Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) akan ditubuhkan di setiap daerah seluruh negeri dengan kebenaran dan penilaian daripada pegawai kesihatan daerah.
"Mereka yang asimptomatik dan mempunyai tempat untuk diasingkan di dalam rumah akan dipertimbangkan. Sekiranya datang dari rumah sempit dan sesak serta mempunyai penyakit sampingan, kami tidak benarkan dan perlu ke hospital," katanya.
Mengenai perkembangan vaksin, Dr Adham berkata KKM telah menerima senarai nama 500,000 petugas barisan hadapan daripada kementerian itu yang akan divaksinkan bagi fasa pertama bulan depan.
Dalam perkembangan lain menjawab dakwaan Skim Perlindungan MySalam dimansuhkan, Dr Adham berkata skim tersebut masih diteruskan termasuk kaunter MySalam masih beroperasi di setiap hospital bagi membantu pesakit yang layak mendapatkan bantuan skim tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 16 2021
Hospital berkenaan yang terletak di Dewan B akan menyediakan fasiliti yang sama di hospital lain seperti peralatan tekanan darah. - Bernama
Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’
Selangor FC berkata, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
Malaysia dijangka tarik lebih banyak aliran masuk asing daripada pewarisan harta di Asia bernilai AS$1.9 trilion - SC
Malaysia dijangka dapat menarik lebih banyak aliran masuk asing dengan jangkaan pewarisan harta yang lebih besar daripada golongan berusia kepada generasi lebih muda di Asia.
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
AWANI Ringkas: Pengasingan kuasa Peguam Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mari sama-sama pulih imej bola sepak negara - Hamidin
Permasalahan yang timbul sehingga dilihat mampu menggugat imej bola sepak negara itu perlu diatasi segera semua pihak.
Serangan ke atas pemain bola sepak: Polis diminta pertingkat kawalan keselamatan
Polis diminta pertingkat tahap kawalan keselamatan bukan sahaja kepada tiga insiden yang telah berlaku, malah kepada semua yang terlibat.
Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berisiko berulang - ILAM
Langkah mitigasi perlu dilakukan segera bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.
Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan - Dr Adham
Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini.