Menjelang Hari Arafah dan ibadah wukuf di Mekah, sebilangan besar jemaah haji pada petang Ahad diuji kejadian ribut pasir, yang jarang-jarang berlaku pada musim panas.
Ribut melanda penempatan jemaah haji di Arafah yang sedang bersiap sedia untuk melaksanakan wukuf, yang bermula apabila masuk waktu Zohor pada 9 Zulhijjah (Selasa) dan berakhir apabila terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah .
Seorang petugas haji Malaysia, Maslina Alias, menerusi laporannya di akaun Facebook dan Instagram Stories berkata, angin kencang itu mengakibatkan kerosakan kecil terhadap khemah jemaah.
Ia turut menyebabkan bekalan elektrik terganggu di seluruh kawasan perkhemahan jemaah di Arafah.
Maslina berkata, ia bermula ketika matahari mulai terbenam kira-kira jam 6.30 petang, dalam keadaan jemaah haji tiada persediaan serta tidak menyangka kawasan itu akan dilanda ribut.
"Hujan dan ribut pasir di bumi Arafah sekarang. Pertama kali saya lihat hujan di bumi Saudi sejak berada di sini.
"Kami ada yang dah termakan pasir di sini. Awan bukan lagi mendung, tapi gelap gelita. Bagaimanapun, hujan tak lebat, hanya rintik," kata Maslina dalam postingnya.
Bagaimanapun, katanya, ribut yang melanda tidak menggugat semangat jemaah haji apabila menganggap ia satu rahmat dan ujian dalam menunaikan ibadah.
Sementara itu, Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan mengesahkan berlaku hujan dan ribut di Arafah bermula pukul 6.30 petang sehingga 8 malam waktu Arab Saudi pada Ahad.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, bagaimanapun, semua jemaah haji Malaysia berada dalam keadaan selamat.
"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Waris dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keadaan jemaah haji Malaysia yang kini berada di Arafah," katanya.
Menurut TH, semasa kejadian ribut dan hujan tersebut, pihak bomba telah mengarahkan bekalan elektrik ditutup bagi menjaga keselamatan jemaah haji yang berada di Arafah.
Khemah yang rosak dibaiki oleh pihak Muassasah Asia Tenggara dan bekalan pulih secara berperingkat mulai jam 10.45 malam.
BACA: Jemaah haji diingat pelihara ibadah wukuf di Arafah
Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia mula tiba secara berperingkat untuk berwukuf di Arafah bermula pagi Ahad bagi menyertai kira-kira 3 juta jemaah haji dari seluruh dunia.
Astro Awani
Mon Aug 20 2018
Berlaku hujan dan ribut di Arafah bermula pukul 6.30 petang sehingga 8 malam waktu Arab Saudi pada Ahad. - Foto Facebook Maslina Alias
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama
Hasrat penyanyi dan pengacara Alif Satar dan penyanyi Faizal Tahir untuk menunaikan ibadah haji bersama akhirnya tercapai apabila mereka kini sama-sama berada di Tanah Suci.
Jemaah haji bergerak ke Arafah Isnin ini
Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah, Isnin ini untuk menjalani ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada Selasa, 9 Zulhijjah (27 Jun).
Arafah #QuranHour mengangkat Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan program Arafah #QuranHour : Haji membina Ummah sempena Hari Wukuf, 9 Julai ini.
Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah
Seramai 14,306 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah hari ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Aidiladha: 12 Julai cuti kelepasan am bagi Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan memberi cuti kelepasan am pada Selasa ini (12 Julai) sebagai cuti gantian sempena sambutan Aidiladha.
Haji: Ibadah wukuf berjalan lancar, selamat
Seramai 60,000 jemaah yang menunaikan ibadah haji tahun ini tetap berpeluang mengikuti khutbah Hari Arafah secara langsung.
[KOLUMNIS] Bersama pelihara kesucian masjid dan surau daripada dicemari kluster baharu
TIADA perkara yang lebih besar selain dari rasa syukur yang teramat sangat ke hadrat Ilahi setelah selesai menunaikan solat Jumaat secara berjemaah di masjid pada Jumaat yang lepas.
Wukuf di Arafah dalam kelaziman baharu
Kali ini, hanya sebilangan kecil jemaah haji sahaja dibenarkan untuk ambil bahagian menunaikan ibadah itu.
TH sedia 60,000 pek makanan untuk jemaah haji di Arafah, Mina
Pek makanan itu akan memudahkan operasi penyediaan makanan untuk jemaah haji kerana ia hanya perlu dipanaskan selama 10 minit tanpa perlu menyediakan dapur lengkap dengan petugas untuk memasak.
Para jemaah menuju ke penghujung ibadat haji
Melihat jemaah haji lelaki mencukur rambut dan tidak lagi memakai kain ihram, memberi isyarat bahawa ibadat haji sedang menuju ke penghujungnya.