Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menasihati ibu bapa dan penjaga agar menghantar anak mereka ke pusat tahfiz atau sekolah pondok yang berdaftar.
Ia susulan kejadian terbaharu melibatkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dilaporkan meninggal dunia pada Khamis dengan kesan lebam pada badan mangsa.
“Ini kerana, ia bagi memudahkan kerajaan serta Jabatan Agama Islam Negeri memantau segala kegiatan kokurikulum serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan di pusat berkenaan agar mengikut piawaian demi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin,” demikian menurutnya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
BACA: Pelajar tahfiz maut dengan kesan lebam pada badan
BACA: Murid melecur dakwa dibuli rakan tahfiz, disumbat najis kucing
BACA: Bilik asrama tahfiz hangus ketika pelajar solat Zuhur berjemaah
Dalam pada itu, Mujahid menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, selain melahirkan rasa sedih terhadap nasib yang menimpa penuntut pusat tahfiz di Lanchang, Temerloh itu.
“Saya rasa sungguh sedih apabila anak yang baru berusia tujuh tahun, baru hendak mengenal dunia menjadi mangsa.
“Saya percaya pada kecekapan pihak polis dan berharap agar hasil siasatan yang dijalankan dapat mengetahui punca kematian anak berkenaan,” katanya.
Dalam kejadian tersebut, mangsa yang menuntut di sebuah tahfiz tidak berdaftar ditemukan dalam keadaan lemah dengan kesan lebam di asramanya, dipercayai dipukul.
Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia di klinik tersebut.
Susulan itu, polis menahan tiga remaja berusia 13 tahun yang juga pelajar di pusat tahfiz itu bagi membantu siasatan.
Hasimi Muhamad
Fri Nov 08 2019
Ia susulan kejadian terbaharu melibatkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dilaporkan meninggal dunia pada Khamis dengan kesan lebam pada badan mangsa. Gambar BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
Jemaah menteri putuskan MITRA dikembalikan semula ke JPM - Fahmi
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kini dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri daripada Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar bidas dakwaan kerajaan tidak prihatin masalah rakyat
Harga barangan keperluan hari ini masih rendah serta stabil jika dibandingkan di zaman pentadbiran kerajaan terdahulu, tegas Perdana Menteri.
PM terkesan dengan kes rasuah Kastam di KLIA
Katanya, kecurangan masalah rasuah, biarpun membabitkan jabatan kecil di JKDM, masih boleh menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion.
Lans koperal didakwa rogol pelajar warga Uzbekistan
Seorang lans koperal polis mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk merogol seorang remaja perempuan warga Uzbekistan.
Zolkopli Dahlan dilantik ketuai IPCC
Datuk Zolkopli Dahalan hari ini dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang turut dianggotai empat individu lain.
MITRA kembali bawah KPN bawa impak positif terhadap pembangunan masyarakat India
MITRA dan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang ke KPN dilihat dapat membawa impak positif dalam jangka masa panjang terhadap pembangunan dan kemajuan masyarakat India Malaysia.
Banjir: Hampir setengah juta bantuan diagih kepada mangsa di pantai timur - Zulkifli
Sumbangan segera berbentuk bantuan makanan dan kit kebersihan itu diagihkan menerusi program Rahmah MADANI oleh 14 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
'Letak Mitra bawah Kementerian Perpaduan Negara tidak baiki sosioekonomi kaum India' - Sivaraj
Langkah meletakkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) di bawah Kementerian Perpaduan Negara tidak akan menambah baik kedudukan sosioekonomi masyarakat India.
MITRA akan kembali di bawah Kementerian Perpaduan Negara, PM tetap pantau
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan Negara.