awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa mandikan jenazah anak sendiri

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2017
10:15 MYT
Ibu bapa mandikan jenazah anak sendiri
Bapa mangsa terpaksa terpaksa dipapah oleh anak sulung mereka, Wan Muhd Al Rifae, 31 tahun, dan keluarga untuk melihat tiga anak mereka meninggal dunia. - Gambar Astro AWANI
Jenazah tiga beradik yang maut dalam kemalangan selepas menghantar ahli keluarga menunaikan umrah dimandikan sendiri oleh ibu bapa mereka yang baharu pulang dari Mekah.
Wan Kamaruzzaman Wan Mohamad, 56 tahun dan isterinya, Rosnani Ibrahim, 53 tahun tiba di Unit Forensik Hospital Kemaman pada pukul 3.45 petang Ahad.
Suasana pilu menyelubungi unit forensik yang dipenuhi lebih 200 ahli keluarga sejurus pasangan itu keluar dari kenderaan.
Lebih memilukan apabila Wan Kamaruzzaman dan Rosnani terpaksa dipapah oleh anak sulung mereka, Wan Muhd Al Rifae, 31 tahun, dan keluarga untuk melihat tiga anak mereka meninggal dunia.
Anak pasangan itu, Wan Nur Athirah, Wan Nur Afifah dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Cherry Easter dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di Jalan Pekan-Kuantan di Kampung Batu Putih, Kuantan, kira-kira jam 5.45 pagi Sabtu.
Kemalangan berlaku ketika tiga beradik itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Lalang, Binjai, Kemaman.
Ibu kepada tiga beradik yang maut akibat kemalangan terpaksa dipapah ahli keluarga.
Ibu kepada tiga beradik yang maut akibat kemalangan terpaksa dipapah ahli keluarga.
Mereka dikatakan singgah di rumah saudara di Melaka selepas menghantar kedua ibu bapa dan adik mereka, Wan Nur Afikah, 17 tahun ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jenazah ketiga-tiga mangsa disembahyangkan di Masjid Jamek Binjai selepas maghrib dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Binjai.
Topic Berkaitan
#anak
#Hospital
#Hospital Kemaman
#jenazah
#keluarga
#kemalangan
#Kemaman
#Kuala Lumpur
#mangsa
#Mekah
#meninggal dunia
#rumah
#tiga beradik
#umrah
#Unit Forensik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan