awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bayi didera mungkin alami kemurungan - Polis

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2019
23:47 MYT
Ibu bayi didera mungkin alami kemurungan - Polis
Hanyan menjawab pertanyaan media mengenai bayi perempuan berusia tiga bulan yang meninggal dunia dipercayai didera oleh ibu kandungnya di Unit Forensik Hospital Kemaman malam tadi. --fotoBERNAMA
Polis tidak menolak kemungkinan ibu bayi perempuan yang maut dipercayai didera, di sini, pada Rabu, mengalami kemurungan.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.
Menurutnya, setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan tiga individu, iaitu ibu dan bapa bayi itu serta petugas Klinik Kesihatan Bandar Cheneh Baru.
"Semasa sampai (di klinik), bayi dalam keadaan lemah. Diberi rawatan kecemasan. Semasa rawatan, disahkan meninggalkan dunia.
"Pasukan perubatan mendapati, mungkin ada unsur-unsur penderaan. Ketua jururawat telah membuat laporan," katanya sambil menambah, pihaknya juga masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Kemaman.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
BACA: Bayi tiga bulan maut, disyaki didera
Terdahulu, mayat bayi itu tiba di Hospital Kemaman pada kira-kira pukul 7.30 petang untuk bedah siasat.
Pada Rabu, seorang bayi berusia tiga bulan maut dipercayai didera dalam kejadian di Felda Neram, Bandar Cheneh Baru, Kemaman.
Kejadian itu disedari bapa bayi berkenaan ketika pulang ke rumah untuk menghantar makanan kepada isterinya kira-kira jam 10 pagi.
Bayi dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar Cheneh Baru oleh bapanya dalam keadaan lemah.
Topic Berkaitan
#Bandar Chener Baru
#bayi
#dera
#didera ibu
#Felda Neram
#Hanyan Ramlan
#Kanun Keseksaan
#Kemaman
#Kemurungan
#Ketua Jururawat
#maut
#membunuh
#polis
#rawatan kecemasan
#rumah
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan