awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu dera anak hingga koma sebelum meninggal dunia, mengaku salah

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2017
03:39 MYT
Ibu dera anak hingga koma sebelum meninggal dunia, mengaku salah
bayi lelaki berkenaan yang koma akibat kecederaan parah di badan dan kepala meninggal dunia akibat mati otak setelah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang. - Gambar fail
Seorang wanita warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini atas kesalahan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap seorang bayi yang juga anak kandungnya sehingga mati pada November lepas.
Tertuduh, Nisa, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Mengikut pertuduhan, Nisa telah mengabaikan anak lelakinya yang berusia satu tahun tiga bulan dengan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu di rumahnya di 106, Paya Lahar Kepah, Kepala Batas, Pulau Pinang kira- kira jam 4.30 petang pada 22 November lepas.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
BACA: Bayi 16 bulan didera ibu kandung disahkan meninggal dunia
BACA: Bayi koma dipercayai didera ibu mental
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Roslina Idris manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan hakim menetapkan 5 Januari depan untuk serahan dokumen dan laporan perubatan serta bedah siasat mangsa.
Pada 26 November lepas, bayi lelaki berkenaan yang koma akibat kecederaan parah di badan dan kepala meninggal dunia akibat mati otak setelah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#bayi
#Butterworth
#dera
#Hospital
#ibu dera
#Indonesia
#Kanak-kanak
#lelaki
#Mahkamah Sesyen Butterworth
#meninggal dunia
#penjara
#perubatan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan