awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia, tolong tutup mulut isu tuntutan popia - Nazri

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2015
03:01 MYT
Indonesia, tolong tutup mulut isu tuntutan popia - Nazri
NAZRI: Indonesia, tolong tutup mulut isu tuntutan popia - Gambar fail
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberitahu Indonesia supaya menutup mulut dan berhenti membuat tuntutan ke atas sejenis makanan dinamakan Lumpia Semarang.
Beliau berkata sekiranya Indonesia mula menuntut mengenai hidangan berkenaan, sebagai balasan Malaysia boleh mempersoal mengenai asal-usul Bahasa Indonesia.
Menurut beliau, Bahasa Indonesia mempunyai asal-usul Melayu dan Indonesia tidak sepatutnya melatah dalam tuntutan terbaharu mereka baru-baru ini.
"Jika mereka mula menuntut semuanya, bagaimana dengan Bahasa Indonesia? Tanya mereka Bahasa Melayu adalah milik siapa?
"Bahasa Melayu datang dari Semenanjung Tanah Melayu yang mana kita semua adalah satu sebelum wujudnya Nusantara.
"Mereka tidak menuntut segala-galanya di Nusantara sebagai hak mereka kerana kawasan berkenaan pernah menjadi satu," katanya ketika dipetik portal The Rakyat Post hari ini.
Nazri berkata demikian merujuk kepada Malaysia dan Indonesia yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Melayu dikenali sebagai Nusantara yang telah lama berkongsi budaya, tradisi dan bahasa.
Senario itu bagaimanapun kemudiannya berubah sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa disebabkan faktor politik dasar pecah dan perintah pada zaman penjajah.
Nazri menegaskan perkara berkaitan Lumpia Semerang itu sebenarnya bukanlah satu isu dan pihak di Indonesia perlu menutup mulut daripada mula mendakwa semua perkara adalah milik mereka.
Menurut senarai Makanan Warisan Malaysia, popiah atau Lumpia Semerang tidak termasuk dalam 151 jenis hidangan yang telah dikenalpasti sebagai warisan negara ini.
Isu tuntutan berkenaan tiba-tiba dibangkitkan media Indonesia Jumaat lalu apabila satu tunjuk perasaan secara aman diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Malaysia
#Nazri Aziz
#popiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan