INFOGRAFIK berikut memberi maklumat lengkap tentang nilai dividen dan juga bonus yang pernah diumumkan oleh Tabung Haji (TH) sejak tahun 1994 hingga 2015.

Pada tahun-tahun tertentu, TH hanya memberikan dividen tanpa bonus. Namun pada tahun 2007, 2012, 2013 dan 2014, nilai dividen yang diberi disertai bonus antara 1.5 hingga 2 peratus.

TH pada hari ini mengumumkan pembayaran bonus tahunan sebanyak 5 peratus kepada 8.85 juta pendeposit bagi tahun kewangan 2015.

Selain itu, bonus tambahan 3 peratus juga diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan ibadah haji sekali gus menjadikan bonus keseluruhan 8 peratus.

Dividen dan Bonus