Prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner di sini, ditangguh esok.

Perkara itu diputuskan ekoran ketidakhadiran wakil peguam Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Syazlin Mansor.

Wakil peguam mewakil keluarga Muhammad Adib, Kamaruzaman Abdul Wahab memberitahu Koroner Rofiah Mohammad berhubung perkara itu.

"Disebabkan beliau satu-satunya wakil KPKT dan JBPM tidak dapat hadir atas faktor yang tidak dapat dielakkan prosiding ditangguh esok," jelas Rofiah.

Sementara itu, Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bantahan berhubung perkara itu.

Difahamkan prosiding pada Khamis sepatutnya dihadiri oleh saksi ke-19 dan ke-20 yang masing-masing merupakan saksi awam untuk memberi keterangan.

Prosiding pada Jumaat akan bermula pukul 10.30 pagi.

BACA: Muhammad Adib dedah ditarik, dipukul dengan objek - Saksi

BACA: "Ada lima, enam lelaki seperti sedang memukul" - Saksi

BACA: Adib tunjuk isyarat ditarik, angguk bila ditanya dipukul - Saksi